Chapter 49

48 2 0
                                    

Darwish duduk bersendirian di sebuah kafe. Dia dari tadi hanya menyedut minuman di hadapannya sambil memandang ke luar kafe tersebut. Dia sedang menunggu kehadiran seseorang.

Maya mula melangkah masuk ke dalam kafe yang sama. Dia melilaukan mata ke segenap ruang. Apabila sedar dengan kehadiran Dariwsh yang tidak jauh darinya, Maya lantas melangkah ke arah lelaki tersebut. Apabila sudah hampir dengan meja yang diduduki oleh Darwish, Maya memberhentikan langkahnya seketika.

"Eh, betul kah apa aku buat ni?" Maya menyoal dirinya sendiri. "Kalau Syazwan tahu macam mana?" Satu lagi soalan muncul. Maya menggelengkan kepalanya untuk memberhentikan lamunan tersebut. Lalu, dia terus melangkah ke arah Darwish yang duduk membelakanginya.

"Darwish." Tegur Maya sebelum duduk pada bangku di hadapan Darwish. Kemudian, dia meletakkan tas tangannya pada bangku disebelahnya. "Ouh, Maya. Maaf saya ajak jumpa mengejut macam ni." Balas Darwish. Maya hanya mempamerkan senyuman yang kelat. "Tak apa lah, saya tidak kisah pun." Balas Maya.

"Awak nak minum dulu tak? Saya boleh order kan." Pelawa Darwish. Maya lantas menggelengkan kepalanya sambil menjawab. "Eh, tidak apa. Saya pun sekejap je ni. Tidak boleh lama. Banyak lagi kerja di studio." Darwish hanya mengangguk faham. Apabila keadaan kembali sunyi, Maya lantas bersuara. "Hah, ada apa awak nak jumpa saya ni?"

Mendengar soalan dari Maya, Darwish terus membetulkan kedudukan duduknya sebelum menjawab. "Saya bukan apa. Cuma nak bercerita dengan awak. Boleh saya kenal lebih rapat dengan awak." Maya terasa hairan pula kali ini. Senyumannya pula semakin pudar. "Tapi, kenapa tiba-tiba sahaja?"

Darwish menyedut minumannya sekali lagi sebelum membalas. "Kita sudah kenal. Cuma belum tahu cerita masing-masing. Tidak boleh ke?" Darwish cuba memancing dengan ayatnya itu. Langsung tidak kisah dengan apa jawapan yang akan dikeluarkan oleh Maya. Maya pula sudah mengeluh sambil mengalih pandangan ke tempat lain.

Lambat-laun, dia terpaksa menjawab juga. "Bukan tidak boleh, cuma.." Belum sempat menghabiskan ayatnya, kedengaran Darwish sudah melepaskan keluhan yang berat. "Cuma apa? Awak risaukan tentang kawan awak tu?" Darwish sengaja menekankan perkataan 'kawan' apabila mengajukan soalan itu.

Maya terdiam apabila mendengarnya. Ayat tersebut seperti menikam ke dalam hatinya. "Kenapa diam?" Soal Darwish untuk memberhentikan lamunan Maya. Maya membalas teguran itu dengan kerutan kening. "Kenapa awak mesti babitkan dia?" Soal Maya marah. Tidak puas hati betul rasanya.

"Jangan lah marah. Saya cuma tanya sahaja." Balas Darwish. Maya hanya menggelengkan kepala sambil mengeluh. "Habis itu, kenapa?" Soal Darwish lagi. "Eh, sudah lah Darwish. Jangan cakap fasal dia di sini. Saya dan dia hanya kawan." Maya cuba membantah soalan itu. Dia memang tidak suka orang memaksanya untuk menjawab soalan. Lebih-lebih lagi tentang Syazwan.

"Kawan sahaja ya? Bagus lah macam itu." Balas Darwish dengan senyuman sinis sebelum menyedut minumannya. Maya pula sudah memandang hairan ke arah Darwish. Apabila lelaki itu tersedar, dia terus melenyapkan senyumannya. "Boleh tak awak terus terang dengan saya. Kenapa nak jumpa saya?" Soal Maya lagi.

Darwish mengeluhkan dengan pandangannya yang menunduk. Namun, dia tetap menjawab. "Saya ada masalah Maya." Balasnya ringkas. Jawapan itu membuatkan Maya menjongketkan keningnya. "Kenapa ni? Masalah apa?" Soal Maya. "Parents saya." Sepatah lagi jawapan yang keluar dari mulut jejaka di hadapannya itu.

Maya sudah meletakkan tangannya dia atas meja bagi memangku badannya. Dia menunjukkan minat untuk mendengar masalah yang ingin dikatakan oleh Darwish. "Kenapa dengan parents awak. Cerita sahaja." Maya bersuara lagi. Darwish memandang tepat ke arah Maya sebelum menceritakan semuanya.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now