Chapter 95

93 2 0
                                    


Syazwan duduk di ruang tamu sambil melihat skrin telefon pintarnya. Rasa bosan pula apabila tidak ada apa yang hendak dibuat pada hujung minggu begini. Secara tiba-tiba, kedengaran loceng pintu rumahnya dibunyikan. Jadi, Syazwan terus bangun dan menuju ke pintu pagar utama tanpa banyak soal.

Sampai sahaja di pintu pagar, kelihatan tiada sesiapa pun di situ. Syazwan sudah mula menggaru kepala tanda bingung. Kemudian, dia melihat pula keadaan sekeliling di situ. Dan akhirnya, baru dia tersedar ada sesuatu yang telah disandarkan di pagar rumahnya. Jadi, Syazwan terus membuka pagar tersebut dan mengambil barang yang disandarkan itu. Barang yang diletakkan di pagar tersebut berupa segi empat sama yang agak besar dan sudah disampul bagi mengelakkan kerosakan.

Kemudian, Syazwan meneliti pula sampul tersebut untuk memeriksa kepada siapa barang itu dikirimkan. Selepas puas membelet, rupa-rupanya ada tulisan nama Syazwan yang tercatat di sudut barang tersedut. Syazwan menjongketkan kening tanda hairan. "Aku punya? Siapa pula yang bagi ni?" Syazwan bersuara sendirian.

Selepas masuk ke dalam rumah, Syazwan terus membuka bungkusan itu secara tertib. Setelah barang itu sudah di buka, kelihatan sebuah frame yang sedang dipegang oleh dirinya. Namun, pandangan mata Syazwan menjadi sayu secara tiba-tiba kerana gambar di frame tersebut adalah gambar dirinya dan Maya. Kemudian, Syazwan menterbalikkan pula frame itu di bahagian belakang.

Ada sepucuk surat telah dilekatkan di situ. Jadi, Syazwan terus mengambilnya secara berhati-hati supaya tidak terkoyak. Lalu, jejaka itu terus membaca isi surat tersebut.

~~~~

"Assalamualaikum, Syazwan. Saya harap awak sihat sahaja di sana. Tujuan saya beri gambar ini adalah untuk kenangan terakhir kita. Bagi saya, gambar ini sangat berharga untuk saya. Jadi, saya harap awak dapat menjaganya dengan baik. Gambar ni akan jadi saksi cinta kita. Saya juga dah buat keputusan untuk teruskan carrier saya di London. That's the great opportunity for me and untuk lupakan semua kenangan silam and buka buku baru....

Saya minta maaf kalau selama kita bersama ni, saya ada buat silap dan banyak kekurangan. Saya tahu, saya bukan yang terbaik untuk awak. Terima kasih sebab sudi teman hidup saya walaupun hanya sementara. Saya appreciate sangat-sangat atas semua kenangan manis yang awak pernah beri pada saya...

Dan percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Just keep going je okey? Semoga terus success dengan kerjaya awak. Itu sahaja daripada saya. Assalamualaikum.. bye, Maya."

~~~~

  Syazwan melipat semula surat yang ditulis oleh Maya itu secara rapi. Jejaka itu mengetap bibir seketika sambil menatap frame yang terdapat gambar dirinya dengan Maya. Rasa sebak mula muncul di hatinya tatkala terkenang segala memori manis dengan Maya.

Tiba-tiba, Syazwan baru terfikirkan sesuatu. Andai barang itu baru sahaja sampai di depan rumahnya pada hari ini, itu bermakna Maya akan bergerak ke London pada hari ini juga. Jadi, Syazwan terus membuat keputusan untuk berjumpa dengan Maya untuk kali terakhir sebelum gadis itu berlalu pergi ke luar negara.

Dengan itu, Syazwan terus mencapai kunci motosikalnya. Jejaka itu terus menghidupkan enjin motosikal tersebut dan memakai topi keledar. Setelah itu, Syazwan terus keluar dari halaman rumah dan menunggang motosikalnya untuk menuju ke lapangan terbang. Kebetulan pula, sewaktu Syazwan baru keluar dari rumah, kereta Farah menghampiri rumahnya.

"Eh, mana pula dia nak pergi tu?" Soal Farah yang berada di dalam keretanya. "Aku perlu ikut ni." Gadis itu membuat keputusan sendiri sebelum terus memandu keretanya mengikut jejak Syazwan. 

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now