Maya meletakkan semangkuk lauk udang bermasakan salt egg di atas meja makan utama. Kemudian, dia kembali ke dapur untuk mengambil dulang yang berisi air sirap limau dan beberapa buah gelas. Puan Masyitah pula baru menghidangkan ikan siakap masak tiga rasa dan semangkuk nasi.
Setelah semua selesai, mereka berdua duduk di meja makan tersebut. Maya lantas melihat jam di skrin telefonnya. Jam menunjukkan jam 12:45 tengah hari. Kemudian, dia menjenguk pula ke luar pintu gelangsar yang tidak jauh darinya. Kelihatan tiada lagi kereta ayahnya di halaman rumah. Puan Masyitah yang tadi sebuk menyiduk nasi ke pinggannya menjadi terbantut tatkala melihat kelakuan anak gadisnya itu.
"Maya, kenapa?" Soal Puan Masyitah ringkas sebelum meletakkan semula mangkuk nasi yang di pegangnya. "Papa mana mama? Tidak sampai lagi." Soal Maya dengan wajah hairan. "Biasa lah tu, lambat sedikit. Papa kamu kalau keluar dengan kawan-kawan dia, memang lama sedikit. Mungkin pergi minum dahulu ke. Kalau seorang diri, mama sedang masak dia sudah terpacak depan pintu rumah." Balas Puan Masyitah sambil menerangkan tentang perihal Encik Mazlan.
Maya hanya mengangguk faham apabila kenyataan itu diberikan. "Kita boleh makan je dahulu ke?" Soal Maya hairan. "Hah, makan lah. Lagipun, papa kamu memang tidak suka orang menunggunya lama. Jadi, dia izinkan kalau kita nak makan terlebih dahulu." Balas Puan Masyitah dengan gelakan kecil sambil menceduk beberapa ketul udang salt egg.
"Ouh, baiklah." Jawab Maya ringkas sebelum mengambil mangkuk berisi nasi. "Kamu macam mana dengan Syazwan?" Soal Puan Masyitah tiba-tiba. Maya yang sedang menceduk nasi itu tergelak seketika. Kemudian, baru lah dia membalas. "Macam mana apa? Kami biasa sahaja. Macam ni lah sekarang." Balas Maya ringkas. Dia tidak mahu mengulas dengan lebih dalam tentang hubungan mereka berdua kerana belum tiba masanya.
"Ya ke? Mama saja tanya. Mana lah tahu dia sudah lamar kamu ke?" Soal Puan Masyitah sambil mencuit lengan anaknya untuk bergurau. "Eh, apa lah mama ni. Ke situ pula dia. Malu lah, Maya. Tapi, untuk setakat ni, kami hanya macam ini sahaja." Balas Maya dengan senyuman. Puan Masyitah mengangguk faham dengan jawapan yang diperolehnya tadi.
Pada saat itu juga, kedengaran enjin kereta mula masuk perkarangan rumah. Serta-merta kedua anak beranak itu menjenguk ke luar. Kelihatan kereta milik Encik Mazlan sudah pun di parkir. Kemudian, lelaki separuh usia itu melangkah masuk ke rumah. "Assalamualikum." Ucap Encik Mazlan sebaik sahaja menguak pintu utama. "Waalaikumussalam." Jawab Puan Masyitah dan Maya serentak.
"Wah, semua ada di sini." Encik Mazlan bersuara sambil menuju ke arah meja makan. Kemudian, dia mengambil tempatnya seperti biasa. "Sudah lama ke kamu sampai?" Soal Encik Mazlan kepada Maya sesudah sahaja dia duduk di kerusi. Puan Masyitah pula secara automatik menyedukkan nasi untuk suaminya. "Erm, Maya sudah sampai lebeh kurang satu jam. Itu yang sempat tolong mama masak." Balas Maya dengan senyuman.
"Ouh, macam itu. Maaf lah sebab papa lambat. Kawan papa itu ajak berborak pula." Balas Encik Mazlan sambil mencelup tangannya ke dalam bekas yang berisi air pili untuk mencuci tangan. "Alah, tidak apa lah bang. Saya pun sudah biasa. Lagipun, tidak akan lah Maya tidak faham pula." Puan Masyitah membalas bagi pihak anaknya. Encik Mazlan hanya mempamerkan senyuman. Sama juga dengan Maya.
Lalu, Maya dan ibunya terus menjamu selera. Tatkala Encik Mazlan sedang meceduk lauk-pauk, lantas sahaja dia menyoal isterinya. "Awak sudah tanya Maya tentang hal itu?" Soalan itu diajukan secara perlahan. Puan Masyitah menghabiskan kunyahannya sebelum membalas. "Ouh, belum lagi. Saya ingatkan nak tunggu abang yang tanya sendiri." Balas Puan Masyitah ringkas. Encik Mazlan hanya mengangguk faham sambil mencampurkan kuah tiga rasa dengan nasinya.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...