Darwish dan Dania melangkah secara perlahan-lahan ke atas tangga bergerak yang menuju ke tingkat dua. Sedang mereka berdiri di atas tangga yang bergerak itu, Darwish mula menyoal. "Nia nak makan kat mana?" Soal Darwish. Dania memandang ke arah abangnya seketika.
Kemudian dia mengurut dagu tanda berfikir. "Hah, Nia tahu! Nia nak makan kat tempat yang selalu Nia pergi dengan kawan-kawan Nia." Balas Dania sambil mengangkat jari telunjuknya seolah-olah mendapat idea. Darwish hanya menganggukkan kepalanya dengan bibir yang terjuih. "Juah tak? Abang malas nak jalan jauh-jauh ni. Perut pun dah lapar" Soal Dariwsh sambil mengerutkan kening dengan tangan yang mengusap perut.
Dania tergelak seketika melihat reaksi abangnya itu. "Itu lah abang. Tadi sebelum keluar mama dah suruh alas perut dulu abang tak nak." Balas Dania sambil memukul bahu Darwish perlahan. "Mana lah abang tahu. Abang ingatkan boleh tahan sikit lapar ni." Balas Darwish lagi.
"Dah nak sampai ni. Naik je tingkat dua, belok kiri lepas tu jalan depan sikit." Dania menerangkan kedudukan restoran yang ingin dikunjunginya sambil tangan menunjukkan arah. "Hah, okey-okey." Balas Darwish ringkas. Sebaik sahaja mereka berdua menjejakkan kaki di tingkat dua, masing-masing terus melangkah ke arah restoran yang tidak jauh dari mereka.
Kelihatan ramai orang yang sedang menjamu selera di situ. Darwish dan Dania pula sudah melangkah masuk untuk mencari tempat duduk. Namun, langkah kaki Darwish terhenti secara mendadak di tengah-tengah restoran tersebut. Lantas sahaja lelaki itu menarik lengan adiknya yang tadi berjalan di hadapan. Tindakan itu membuatkan Dania terdorong ke belakang.
"Eh, abang ni kenapa?" Soal Dania hairan dengan wajah yang berkerut tanda tidak faham. Darwish masih mendiamkan diri dengan matanya masih tertumpu pada seseorang yang amat dikenalinya. Maya. Ya, Maya dan Syazwan yang dari tadi duduk di restoran tersebut. Mereka berdua sedang menjamu selera. Dan itu membuatkan Darwish rasa tidak selesa.
"Kita makan kat tempat lain boleh?" Soal Darwish secara tiba-tiba kepada Dania. Namun, matanya masih ada pada Maya. Dania sekali lagi sudah bingung dengan sikap abangnya yang tidak realistik itu. "Tapi, kenapa pula? Kita kan baru sampai. Abang ada nampak sesiapa ke?" Soal Dania sebelum mengalihkan perhatian ke arah tempat yang abangnya sedang memandang.
Darwish lantas menarik dagu Dania untuk memandang dirinya semula. "Eh, tidak ada apa lah. Cuma abang tidak selesa di sini. Ramai orang pula tu. Abang tak suka." Balas Darwish terkumat-kamit. Dania pula sudah berdecit dengan wajah yang tidak berpuas hati. "Makanan kat sini sedap lah. Abang kena try dulu." Dania cuba memujuk abangnya agar tidak mengubah keputusan.
"Tak nak lah. Dah lah, jom kita ke restoran lain." Pinta Darwish pula sambil menghembuskan keluhan. "Yalah. Jom." Balas Dania pasrah sebelum melangkah keluar melepasi Darwish. Darwish pula memandang ke arah Maya buat kali yang terakhir sebelum turut melangkah mengikut Dania.
Maya yang dari sedang menyedut minuman memandang seketika ke arah pintu restoran yang terbuka luas. Matanya sempat menangkap susuk tubuh Darwish yang sedang berjalan keluar. Dahinya menjadi berkerut apabila menyedari tentang perkara tersebut. "Darwish?" Soal gadis itu perlahan sambil meletakkan semula gelas minumannya ke atas meja.
"Apa dia?" Soal Syazwan yang sedang mengunyah makanan secara perlahan. Jejaka itu tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh Maya. "Eh, tidak apa lah. Air ni masam." Maya cepat-cepat membalas untuk menyembunyikan apa yang di katakannya tadi. Sengaja dia memberi alasan kepada minumannya sambil menunding jari ke arah gelas yang berisi jus oren.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...