Chapter 15

122 3 0
                                    

Maya sedang sibuk mengemas barang nya untuk check out tengah hari nanti. Sebelum itu, dia ingin juga mengambil beberapa keping gambar berdekatan pantai itu. Cantik-cantik belaka.

Selepas siap mengemas, dia meletakkan bagasinya di birai katil. Kemudian, dia mengambil kamera Sony dan keluar dari chalet. Jam menunjukkan pukul sembilan pagi. Dia terus melangkah ke chalet Syazwan.

Selepas sampai, dia ingin mengetuk pintu chalet itu. Tetapi, tindakannya terhenti apabila pintu itu di buka secara tiba-tiba. Kelihatan Syazwan di situ. "Eh, Maya. Kenapa ni?" Soal Syazwan tanda bingung. "Ermm, saya ingat... Nak ajak awak jalan-jalan sekejap di persisiran pantai." Balas Maya. Kelihatan kamera Sony miliknya digantung pada leher.

"Oh, boleh je. Lagipun saya memang hendak ke sana. Jom lah." Balas Syazwan lagi sebelum mengukir senyuman. "Okey, saya tunggu di bawah ya." Maya bersuara sebelum berlalu ke bawah. Syazwan mengangguk.

Kemudian, setelah pergi ke pantai, mereka mencabut selipar dan letakkan di bawah pokok. Setelah itu, mereka berjalan di persisiran pantai. Mereka membiarkan sahaja ombak itu membelai kaki mereka secara perlahan.

"Ermm, Syazwan. Saya nak tanya. Macam mana awak boleh suka saya?" Soal Maya sambil memandang ke bawah. "Kenapa awak tanya ni?" Soal Syazwan dengan senyuman sebelum memandang Maya. "Tak adalah. Saya pelik juga. Dah sepuluh tahun tidak jumpa. Tiba-tiba, awak cakap.... awak suka saya." Balas Maya sambil menatap wajah Syazwan yang manis itu.

"Sebernanya, saya memang suka awak dari dulu lagi. Tapi, nak buat macam mana? Keluarga awak pindah. Dan, kita terpisah 10 tahun. Saya ada terfikir untuk cari awak juga. Tidak sangka juga, kita dapat berjumpa." Syazwan membalas solan Maya itu. Maya tertunduk malu mendengar jawapan itu.

"Oh, macam itu. Lagi satu, macam mana pula awak boleh nak bercinta dengan saya? Awak ni kan pemain bola. Terkenal pula tu. Saya ni orang biasa sahaja. Tak jatuhkan repotasi awak ke?" Soal Maya tiba-tiba. Dia sengaja menyoal soalan itu. Dia mahu lihat, apa pandangan Syazwan.

Syazwan menggelengkan kepalanya seketika. Dia menghembus nafas berat sebelum berdiri di hadapan Maya. "Maya, apa awak cakap ni? Please. Jangan cakap macam tu. Kenapa awak boleh terfikir macam tu? Cinta ni tak perlu nak tengok darjat. Tak ada yang menjatuhkan antara satu sama lain. Semua nya sama. Melengkapi antara satu sama lain. Get it?" Jawab Syazwan panjang lebar. Dia tidak mahu Maya tersilap pandang.

Maya tertunduk lagi sebelum mengangkat wajahnya dengan senyuman. "Terima kasih sebab dapat terima saya dengan baik." Balas Maya. Syazwan tersenyum. "Sama-sama. Lepas ni, jangan fikir begitu ya." Syazwan membalas sebelum diakhiri dengan pesanan. Kemudian, dia menyentuh hujung tudung Maya. Kemudian, mereka berdua tersenyum.

Kemudian, mereka sambung berjalan di situ. "Awak," Panggil Maya. Syazwan lantas memandang. "Jom, ambil gambar dekat kawasan batu karang tu. Cantik lah." Maya menyuarakan pendapatnya. Syazwan menggangguk dengan senyuman sebelum menarik tangan Maya. "Jom, cepat. Nanti dah nak balik." Syazwan bersuara. Maya hanya tersenyum dan mengikut langkah Syazwan.

Kemudian, Syazwan yang menolong Maya mengambil gambarnya di kawasan batu karang itu menggunakan kamera Sony milik Maya. Kemudian, dia bertukar orang pula. Banyak juga mereka mengambil gambar di situ. Siap tergelak ketawa lagi.

Setelah puas dengan gambar yang di ambil , Syazwan dan Maya berjalan pulang ke chalet bersama-sama. Kemudian, mereka membawa keluar bagasi mereka dan berlalu ke lobi. "Hah, sampai pon, ingatkan tidak mahu balik." Encik Shamsul menegur mereka dengan senyuman.

"Tidak lah, ayah. Tadi kami berjalan sekejap di pantai." Balas Syazwan. Kemudian, kedua dua teruna itu berjalan ke arah kedua orang tua mereka. "Okay, semua sudah ada. Jom, balik." Encik Mazlan pula bersuara sebelum mereka tergelak. Selepas memulangkan kunci chalet, mereka terus ke lot parkir.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now