Chapter 29

79 1 0
                                    

Farah memberhentikan keretanya di hadapan rumah Syazwan. Kelihatan Syazwan sedang duduk di meja kopi berhampiran kolam. Kemudian, dia tengok pula ke hadapan rumah. Kereta ibu bapa Syazwan tidak ada. Dia pasti ibu bapa Syazwan sudah keluar. Jadi, dia terus mematikan enjin kereta. Kemudian, dia terus masuk ke rumah Syazwan slumber.

"Hai, Syazwan." Ucap Farah sambil tersenyum. Syazwan memalingkan wajahnya. Apabila Syazwan tahu itu Farah, dia lantas bangun dari kerusi. Dia amat terkejut dengan kedatangan gadis itu. Dia lantas bersuara. "Eh, Farah. Apa yang you buat kat sini?" Soal Syazwan sebelum melihat keadaan sekeliling.

"I datang sini sebab I rindu you. Dah lama kita tak date." Balas Farah sebelum menghampiri Syazwan. "Apa you mengarut ni, I dah cakap jangan cari I lagi!" Bentak Syazwan. "Mana boleh macam ni. Please, terima I balik. I akan jaga you dengan baik." Balas Farah sebelum memegang tangan Syazwan. Syazwan lantas merentap tangannya. Dan, serta-merta pegangan tangan Farah terlepas.

"Balik sekarang!" Arah Syazwan. Kemudian dia terus masuk semula ke dalam rumah. Farah tidak mengalah, dia mengikut setiap langkah Syazwan. Farah lantas mendapatkan Syazwan. Farah terus memegang bahu Syazwan. Syazwan terus menepis tangan Farah lalu memandang wajah gadis itu. "You nak apa lagi?!" Bentak Syazwan keras.

Dalam masa yang sama, Maya sudah pun sampai di hadapan rumah Syazwan. Maya terus memandang keadaan sekeliling. Dahinya berkerut seketika apabila ternampak kereta Farah. Namun, dia tidak tahu kereta itu milik Farah. Jadi, dia tidak mengambil endah.

Dia terus membuka tali pinggang keledar. Lalu, dia mematikan enjin kereta dan berlalu ke rumah Syazwan. Dia terus melangkah masuk ke perkarangan rumah Syazwan. "I nak you lah!" Balas Farah. Syazwan lantas menggelengkan kepalanya. "Farah, please jangan cakap macam ni! I dah ada orang lain! Please, lupakan I!" Teriak Syazwan.

Maya dari luar terdengar sesuatu yang kecoh di dalam rumah itu. Namun, dia tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang sedang dicakapkan. "Tapi, I tak boleh lupakan you." Balas Farah. Kemudian, dia memegang tangan Syazwan. Syazwan cuba menepis dan mereka bergelut. Maya yang berasa tidak sedap hati itu terus melangkah ke arah pintu utama.

Dan tidak semena-mena, Syazwan tersadung dan terjatuh di atas sofa bersama Farah. Farah pula betul-betul terjatuh di atas badan Syazwan. Dan pada masa itu juga lah, Maya menguak pintu rumah itu. "Assalamualaikum." Ucap Maya dengan senyuman sambil melangkah masuk.

Namun, senyuman itu terus terpadam apabila ternampak Syazwan terbaring di atas sofa dengan Farah di atas tubuhnya. Syazwan dan Farah lantas memandang ke arah Maya. Maya terus memikir negatif tentang itu. Farah terus bangun dari tubuh Syazwan. Syazwan turut sama.

Dan pada masa itu juga, air mata Maya jatuh ke pipinya dengan deras. Syazwan terus berdiri mengadap Maya. Lalu, dengan perasaan yang bercampur baur dan rasa sebak, Maya terus keluar dari rumah itu. Syazwan terus mengejar kekasihnya. Farah pula sudah tersenyum sinis.

Maya menekup mulutnya kerana tidak dapat menahan rasa sedih dengan air matanya yang masih mengalir. "Maya, tunggu!" Panggil Syazwan sebelum berlari anak ke arah Maya. Namun, Maya langsung tidak mengendahkannya. Syazwan terus memegang lengan Maya. Maya terus merentap tangan Syazwan sebelum memandang wajah Syazwan.

"Awak nak apa lagi?" Soal Maya dengan Mata yang masih berkaca. Dia mengesat air matanya. "Maya, apa yang awak nampak tadi tu tak yang macam apa yang awak fikirkan." Terang Syazwan. "Syazwan, saya nampak dengan mata saya sendiri! Kenapa awak buat macam ni?" Soal Maya dengan nada yang agak tinggi dan sebak.

"Tak, itu semua kebetulan. Saya tak tahu pun yang dia akan buat macam tu." Balas Syazwan. Maya terus menggelengkan kepalanya dengan air mata yang masih mengalir. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa. Lalu, dia terus keluar dari perkarangan rumah.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now