Chapter 63

35 2 0
                                    

Syazwan memasuki bilik persalinan bagi pasukan bola sepak mereka sama juga dengan pemain-pemain yang lain. Mereka baru sahaja membuat pemanasan badan sebentar tadi. Sekarang, mereka semua perlu menukar pakaian untuk memakai jersi pasukan dengan nama dan nombor masing-masing.

Syazwan pergi ke arah tengah bilik persalinan yang teletaknya loker yang diambil setelah sanpai ke stadium dalam 45 minit yang lepas. Syazwan menguak pintu lokernya sambil mencapai beg yang berisi jesinya. Sementara pemain yang lain menukar baju di bilik air pada bahagian belakang bilik persalinan tersebut, Syazwan duduk seketika di kerusi yang disediakan sambil memandang jersinya yang bernombor enam.

Mukhriz yang menjadi terakhir untuk ke bilik air menjadi terbantut pergerakannya apabila melihat Syazwan masih duduk tenang. Dia lantas menuju ke arah rakannya semula dengan jersi masih diletakkan pada lengan kanan yang memangku ke arah dadanya. "Wan, kenapa duduk sini lagi?" Soal Mukhriz yang sekarang berdiri tepat di hadapan Syazwan.

Syazwan mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah Mukhriz. Jejaka itu tersenyum seketika sebelum melihat semula ke arah jersinya. "Kita boleh menang ke?" Soal Syazwan secara tiba-tiba. Tidak tahu lah mengapa soalan seperti itu yang terpacul di fikirannya. Mukhriz pula sudah menggaru kepala dengan muka yang berkerut. Hairan sungguh dirinya dengan soalan yang di beri Syazwan.

"Wan, apa kau cakap ni? Kenapa tiba-tiba saja." Balas Mukhriz pelik. "Tidak ada apa lah, aku tiba-tiba terfikir begini." Balas Syazwan lagi. Kali ini, selepas Mukhriz mendengar jawapan itu, dia terus mengambil tempat di sebelah Syazwan. Dia meletakkan jersinya pada ruangan di sebelahnya untuk sementara. "Kau okey tak ni? Kau ada fikir apa-apa ke. Sebab sebelum ni, kau tidak ada pula macam ni." Balas Mukhriz sebelum menongkat dagu pada pehanya.

"Aku okey je sebenarnya. Cuma.." Perkataan yang cuba disebut oleh Syazwan itu terhenti seketika sebelum kembali termenung. "Kenapa ni Wan? Cuba cakap terus terang. Jangan lah tersangkut-sangkut." Mukhriz memintas sambil menggoncang lengan Syazwan apabila melihat rakannya terdiam. Syazwan meleraikan pegangan tangan Mukhriz itu untuk memberhentikan goncangannya. "Ya, aku beritahu lah ni." Balas Syazwan. Dia mengeluh seketika sebelum membalas. "Aku harap Maya ada di sini." Itu sahaja yang keluar dari mulut Syazwan sebelum tersenyum tawar. Apa dikatakannya itu benar sungguh tidak akan terjadi.

"Bukan dia dah call ke? Dia dah beritahu kan kenapa dia tidak ikut. Sekurang-kurangnya, dia dah teman kau sampai airport beberapa hari yang lepas. Bukan ke tu dah boleh buat kau happy?" Soal Mukhriz sambil memandang Syazwan yang masih memandang ke bawah. "Aku pun tidak tahu lah, Riz. Aku tidak tahu apa yang aku fikir." Balas Syawan lemah.

"Wan, jangan macam ni. Kau ni ayam tambatan dalam team kita. Kalau kau lost, habis satu team bersepah." Balas Mukhriz untuk menaikkan semula semangat rakannya itu. Syazwan hanya mendiamkan diri dengan bibirnya yang terherot. Mukhriz menegakkan badannya semula. Dia berfikir sejenak apa yang boleh mempengaruhi fikiran rakannya itu. Beberapa ketika kemudian, Mukhriz tersenyum sebelum menyambung perbualan mereka.

"Kau tahu kan Maya nak kau buat yang terbaik untuk game ni? Sebab dia tahu ni platfom yang terbaik untuk kau kembangkan lagi karier kau tu. Jadi, jangan lah hampa kan dia." Apabila Syazwan mendengar apa yang dikatakan oleh Mukhriz, dia mengangkat wajahnya semula sebelum memandang ke arah Mukhriz dengan makna yang tersendiri. "Aku tak boleh jauh dengan dia." Balas Syazwan lagi.

"Habis, kau nak buat apa sekarang ni? Maya di Malaysia. Tak akan lah nak suruh dia datang sekarang." Balas Mukhriz pula sebelum tergelak kecil. "Aku nak kahwin dengan dia." Spontan sahaja perkataan itu keluar dari mulut Syazwan. Serta-merta, Mukhriz membuang semua senyum dan tawanya. Dia kini menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Syazwan yang kelihatan serious.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now