Chapter 86

47 2 0
                                    

Maya dan Syazwan duduk berduaan di sebuah kafe ais krim. Mereka berdua sedang menyejukkan tekak dengan menikmati semangkuk besar ais krim berperisa mint dan digabungkan dengan Vanilla Chip Chocolate. Pencuci mulut itu turut dihidangkan dengan chocolate dan strawberry syrup. Tidak ketinggalan juga rainbow rice dan beberapa keping biskut mini.

Mereka berdua sekadar berkongsi semangkuk ais krim itu kerana ia cukup untuk mereka berdua. Syazwan mensuakan lagi sesuap ais krim ke dalam mulutnya. Kemudian, dia memandang pula ke arah Maya yang duduk berhadapan dengannya. Maya yang sedang mengemam ais krim di dalam mulutnya itu terasa sedikit janggal. Gadis itu kemudiannya mengelap bibirnya menggunakan tisu yang disediakan. Tanpa berlengah, Maya terus membuka mulut. "Awak ni kenapa?" Soal Maya hairan dengan nada suara yang cuba diperlahankan.

"Saya nak cakap sikit boleh?" Soal Syazwan sambil meletakkan sudu ke piring kosong di sebelahnya. Kemudian, dia menongkat dagunya menghadap Maya. "Boleh. Cakap lah." Balas Maya pula sambil menyambung suapannya. Syazwan mengetap bibirnya seketika. Kemudian, baru lah dia menyambung. "Saya rasa kan, saya nak cepatkan tarikh nikah kita." Balas Syazwan slumber. Tapi, dia yakin dengan apa yang dikatakannya itu. Maya yang mendengar pernyataan itu lantas menghentikan semua perbuataanya dan memandang tepat ke arah Syazwan.

Syazwan sekadar mengangkat kedua-dua belah keningnya sambil menjuihkan bibir sebagai respon. Maya bersandar pula pada kerusi yang di dudukinya. "Awak tahu tak apa awak cakap ni?" Balas Maya pula dengan soalan. Risau pula jika Syazwan bermain tentang soal perkahwinan mereka. "Yes, I know. That's why saya kata, saya nak cepatkan tarikh nikah kita." Jawab Syazwan sambil memeluk tubuh pula.

"Tapi kenapa pula? Tarikh nikah kita lagi lima bulan je. Kenapa awak nak awalkan lagi?" Soalan lagi yang diajukan oleh Maya dengan cara percakapan yang agak gelabah. "Kenapa? Awak tak nak?" Soalan berbalas soalan. Makin buntu pula Maya di buatnya. "Bukan apa, saya cuma pelik." Balas Maya ringkas. Itu sahajalah yang mampu keluar dari mulutnya. "Bagi saya sebab kenapa awak pelik." Dalih Syazwan pula. Sengaja di mahu melihat sejauh mana Maya mampu menerima keputusannya.

"Kita baru bertunang dua minggu. Tiba-tiba awak dah cakap fasal nak cepatkan tarikh nikah." Balas Maya lagi. Dan kelihatan Syazwan mendiamkan diri seketika apabila mendengar jawapan dari Maya itu. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh gadis itu. Syazwan mengalihkan pandangannya buat seketika untuk berfikir. Maya pula bertindak meletakkan sudu yang dipegangnya. "Awak, pandang saya." Maya bersuara lembut selanjur menarik wajah Syazwan secara perlahan untuk memandang ke arahnya semula.

Syazwan hanya mengikut gerakan dari tangan Maya itu. Syazwan tepat memandang Maya dengan pandangan yang amat tenang. "Sekarang, saya nak awak pula beritahu saya. Kenapa awak nak cepatkan tarikh nikah kita?" Maya menyambung ayatnya lagi sambil mengetuk perlahan hidung Syazwan menggunakan jari telunjuknya. Syazwan mengeluh seketika. Dia cuba mengukirkan senyuman sebelum membuka mulut untuk menjawab persoalan dari Maya.

"Awak tahu kan dugaan bertunang ni akan lebih mencabar. Kita baru sahaja di fasa permulaan." Itulah jawapan yang dikeluarkan oleh Syazwan. "Ya, saya tahu. So, kenapa?" Soal Maya lagi kerana masih bingung. Syazwan menenangkan dirinya seketika untuk menyampaikan apa yang bermain di fikirannya. Jejaka itu kemudiannya menarik tangan Maya perlahan ke arahnya dan menggengamnya erat. Syazwan mengusap pula sebentuk cincin di jari Maya yang menjadi ikatan pertunangan mereka.

"Saya takut." Tambah Syazwan lagi. Maya mengerutkan keningnya seketika. Gadis itu cuba untuk memahami apa yang dikatakan oleh Syazwan. "Syazwan, kenapa ni? Apa yang awak takutkan?" Soal Maya dengan lembut. Syazwan pula terasa tangannya digenggam erat semula oleh Maya. Dia mula rasa kuat semula dengan sokongan dari Maya. "Saya takut kalau apa-apa jadi pada hubungan kita. Saya tak nak kehilangan awak." Balas Syazwan dengan keadaan yang agak risau.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now