Syazwan dan Maya jalan berdua mengikut jalan raya. Di sekeliling mereka penuh dengan sawah padi yang menghijau. Boleh juga menyejukkan mata jika di pandang.
Maya yang sedar mereka hanya berdiam diri tadi lantas bersuara. "Syazwan, kenapa awak tidak beritahu saya lagi tiga hari awak ada perlawanan?" Soal Maya ingin tahu. Hairan juga gadis itu. Selalunya, Syazwan yang akan memberitahu dirinya terlebih dahulu.
Syazwan tersenyum seketika sebelum membalas "Saya tidak mahu awak fikir tentang saya. Lagipun, awak datang ke sini untuk menenangkan fikiran. Jadi saya ambil keputusan untuk tidak beritahu awak supaya awak tidak serabut memikirkan tentang saya." Syazwan menjawab soalan itu dengan panjang lebar.
Namun, ada betul juga apa yang Syazwan cakap kan itu. Jika di beritahu, pasti Maya lebih fikir tentang benda lain berbanding dirinya. "Awak sekarang buat saya lagi risau tahu tak?" Bentak Maya pula. "Lah, kenapa pula?" Soal Syazwan pula.
Maya mengeluh seketika sebelum membalas. "Awak sudah seminggu di sini dan awak tidak membuat sebarang latihan. Perlawanan pula sudah hampir. Ia akan menyusahkan diri awak. Baik awak tidak perlu ikut saya." Maya mengeluarkan kerisauan yang melanda dirinya.
"Tidak apa lah, kalau saya tidak ikut awak ke sini, mungkin awak sedang murung dan masih benci saya. Tapi, sekarang tidak sebab saya berada di samping awak." Balas Syazwan lagi. "Tapi, kenapa awak sanggup cari saya sampai ke sini ya?" Soal Maya lagi.
"Sebab saya sayang awak Maya." Balas Syazwan ringkas. Jawapan yang spontan dan mudah di fahami oleh Maya. Maya hanya mampu mengukir senyuman yang manis dek malu mendengar jawapan daripada Syazwan.
"Tapi saya rasa bersalah pula." Maya bersuara sayu sambil menundukkan pandangan ke jalan tar. "Kenapa pula?" Soal Syazwan lagi. "Sebab saya menyusahkan awak. Kalau lah saya tidak fikir negatif fasal awak. Pasti kita tidak akan sampai ke sini." Balas Maya lagi.
"Tidak apa, Maya. Saya tidak kisah. Asal kan dapat lihat awak tersenyum gembira. Itu sudah cukup untuk saya." Balas Syazwan sebelum mengukir senyuman. Kemudian dia mencuit hidung Maya dengan manja. Kemudian Syazwan terus berjalan lebih cepat ke hadapan. "Thank you, Syazwan." Sebut Maya perlahan.
----------------
Malam yang indah mula melitupi kawasan kampung tersebut. Angin mula bertiup lembut di setiap ruang. Kedengaran bunyi padi-padi yang bergeseran antara satu sama lain. Sinaran dari cahaya rembulan juga cukup untuk menerangi kawasan sawah padi tersebut.
Syazwan dan Akim duduk di pondok sambil bergilir-gilir bermain gitar. Sejak-sejak ini, Akim semakin pandai bermain gitar sejak di ajar oleh Syazwan. "Erm, abang Syazwan." Panggil Akim sambil tersenyum seperti kerang busuk. Syazwan lantas berhenti memetik gitar dan pandang ke arah kanak-kanak tersebut.
"Ya, apa dia ?" soal Syazwan. "Macam mana abang boleh menjadi sangat hebat dalam bidang bola sepak ya ? Abang tidak ada menerima kritikan negatif dari orang lain ke ? " soal Akim sebelum menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sesekali dia tersenyum malu dengan soalannya itu.
"Kenapa Akim tiba-tiba tanya soalan macam tu ?" Soal Syazwan semula dengan sedikit senyuman. "Tidak lah. Jika ikut fikiran Akim, kalau lah Akim terima kritikan negatif dari orang lain, Akim tidak lagi mampu untuk teruskan apa yang Akim lakukan. Sebab ia boleh mempengaruhi fikiran Akim." Terang Akim panjang lebar.
Syazwan mengerutkan kening seketika apabila mendengar kenyataan itu. Namun dia berfikir sejenak untuk mejawab soalan kanak-kanak itu. Pastinya anak yang berdarah muda itu ingin jawapan yang cukup menepati soalannya.
"Akim, dalam hidup ni kan. Tidak ada sesiapa yang akan berhenti mencari kesilapan kita. Tak kira lah berapa banyak perkara baik yang kita buat. Jadi, kita perlu yakin dengan pendirian kita selagi mana kita tahu apa yang kita buat itu betul." Terang Syazwan. Akim melihat ke langit seketika untuk memikirkan jawapan yang di beri Syazwan.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...