Chapter 72

23 1 0
                                    

Cuaca pada malam hari yang mendinginkan menjadikan suasana menjadi sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik yang kedengaran pada malam itu. Bulan pula hanya menunjukkan separa dirinya kerana dilindungi awan. Langit yang gelap itu pula kelihatan sayu kerana tiada kehadiran cahaya dari bintang-bintang.

Encik Fairul dan Puan Faizah sedang duduk di ruang tamu bersama. Mereka sedang menonton drama di televisyen. Mak Finah pula melangkah dari belakang dengan teratur. Namun, wanita itu menghentikam langkahnya buat seketika. "Betul ke apa aku nak buat ni?" Soal dirinya sendiri sambil menggaru kepala. Mukanya pula sudah berubah risau. "Ah, beritahu je lah." Jawab Mak Finah sendiri sebelum sambung mengatur langkah.

"Tuan, puan." Tegur Mak Finah dengan perlahan. Serta-merta dengan itu, kedua-dua majikannya menoleh ke arah dirinya. Mak Finah sudah mengetap bibir untuk sementara. "Eh, Kak Finah. Saya ingatkan akak dah masuk tidur. Rupanya belum." Balas Puan Faizah tiba-tiba. "Belum, puan." Balas Mak Finah ringkas sambil tersengih.

"Ada apa ni Kak Finah?" Soal Encik Fairul pula. Sekali lagi, Mak Finah hanya mendiamkan diri untuk seketika. Pembantu rumahnya itu sudah mengenggam tangan sendiri. "Kak Finah ada apa-apa yang hendak di beritahu ke?" Soal Puan Faizah pantas sebaik sahaja melihat reaksi yang pelik dari wanita di sebelahnya itu. "Erm, ada. Tapi, saya macam ragu-ragu nak cakap fasal ni." Balas Mak Finah lagi dengan nada suara yang bersalah.

"Tidak ada apa lah, kalau akak ada perkara yang hendak beritahu, kami sedia mendengar." Balas Encik Fairul selanjur memberikan senyuman. Puan Faizah pula sudah mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju. "Saya bukan nak masuk campur tentang hal keluarga tuan dan puan. Cuma, ini berkaitan Farah." Balas Mak Finah secara lambat sebelum menundukkan pandangan.

Encik Fairul dan Puan Faizah pula pandang antara satu sama lain dengan wajah yang hairan. Apa pula perkara yang tidak kena dengan Farah kali ini. "Kenapa dengan Farah?" Soal Puan Faizah risau sebaik sahaja memandang semula ke arah pembantu rumahnya itu. "Bukan apa puan, cuma saya tengok Farah tu, sejak balik dari luar negara, perangai dia sedikit pelik." Balas Mak Finah lagi.

"Contohnya?" Soal Encik Fairul bingung. "Farah macam sering duduk sendirian. Termenung jauh. Muka pun kelihatan lesu saja. Dia pun sudah kurang bercakap sekarang. Masa terluangnya hanya dihabiskan dengan berkurung di bilik." Jawab Mak Finah dengan bersungguh-sungguh atas apa yang diperhatikannya.

"Betul juga apa yang di katakan Kak Finah ni bang. Saya pun perasan benda yang sama." Puan Faizah pula menyuarakan kebimbangannya apabila menoleh ke arah suaminya seketika. "Saya bukannya apa tuan, puan. Cuma, saya risau tengok keadaan Farah sekarang ni. Macam ada masalah." Tambah Mak Finah lagi. Encik Fairul pula sudah berkerut kening sambil mengurut kepalanya.

"Habis tu, awak dah tanya apa-apa pada Farah?" Soal Encik Fairul kepada isterinya. Puan Faizah lantas menggelengkan kepalanya lalu menjawab. "Tak ada, bang. Saya pun tiada masa. Saya tak tanya dia sebab takut mood dia tak elok." Itu sahaja yang mampu dikatakan oleh Puan Faizah. Mak Finah pula hanya mendengar perbualan suami isteri itu dengan senyap.

"Kalau macam tu tak apa lah, kalau ada masa awak berbual lah dengan dia. Kalau dengan saya ni, mana lah dia nak berborak. Awak tu ibu dia. Mesti ada sesuatu yang dia boleh luah kan." Encik Fairul memberikan kata putusnya. Puan Faizah hanya mengangukkan kepalanya tanda faham walaupun raut wajahnya kelihatan gusar.

"Ada apa-apa lagi ke Kak Finah?" Soal Puan Faizah selanjur memandang ke arah Mak Finah. "Tidak ada. Itu sahaja. Maaf ya ganggu tuan dan puan." Balas pembantu rumahnya itu. "Tidak lah, tak mengganggu pun. Terima kasih beritahu kami." Ucap Encik Fairul pula. "Baiklah, kalau macam tu saya masuk tidur dulu ya." Mak Finah meminta diri. Selepas itu, kedua-dua majikannya menganggukkan kepala lalu Mak Finah berlalu pergi.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now