Chapter 45

64 2 0
                                    

Matahari yang terbit menunjukkan tanda bermulanya hari baru dan akan meninggalkan malam yang menyelubungi mimpi. Pagi yang terik ini sedikit sebanyak membuatkan cuaca agak panas. Lindungan awan yang ditiup angin menjadikan suasana agak redup dan berangin.

Sejak pagi tadi, Maya dan Liya sudah sampai di rumah kedua ibu bapa Maya. Tujuannya, Maya mahu mencuba resepi masakan lemak cili padi yang di beri oleh Puan Kuntum tempoh hari. Katanya, bahan di rumah sewa tidak cukup. Jadi dia terfikir untuk memasak sahaja di rumah keluarganya.

Dapat juga dia memasak untuk makan tengah hari supaya dapat di jamu oleh seisi keluarga. Liya turut ada di situ. Maya juga yang memaksanya untuk tinggal bersama. Jika tidak, Maya akan duduk di rumah itu dengan ibunya sahaja. Ayahnya sudah pergi ke pejabat seperti biasa.

Maya masih sebuk menggaul lauk yang di masaknya. Sekali-sekala, dia akan merasa kuah itu menggunkan sudu. Puan Masyitah pula sedang menanak nasi dan menyediakan lauk-pauk lain. Liya pula sedang menyusun pinggan mangkuk dan membuat air. Tidak selesa pula rasanya jika tidak membuat apa-apa di rumah itu.

Selepas Maya yakin dengan masakannya, dia menutup api dapur dan membiarkan dahulu lauk itu sejuk sedikit di dalam periuk. Sementara itu, Puan Masyitah pula mengalihkan sayur-sayur dan nasi dari periuk ke dalam mangkuk yang disediakan Liya. Liya pula memasukkan ais ke dalam jag kaca sebelum menggaulnya perlahan.

Selepas itu, Liya menghantar dulang yang berisi cawan dan air ke meja makan diikuti dengan Puan Masyitah yang mengangkat mangkuk sayur dan nasi. Maya membasuhkan tangan di singki sebelum mengelapnya dengan kain. Puan Masyitah melangkah semula ke dapur. Dia mengambil sudu dan ingin merasa masakan anak daranya itu.

Maya yang sedar dengan tindakan itu lantas menghalang. "Ibu, jangan!" Teriak Maya. Perilaku Maya itu berjaya menghentikan tindakan Puan Masyitah. "Eh, kenapa pula ni? Ibu cuma mahu rasa sahaja." Balas Puan Masyitah dalam keadaan yang hairan. Maya terus melangkah ke arah ibunya.

"Nanti kita makan lah sama-sama di hadapan. Tidak suprise lah kalau ibu dah rasa sekarang." Maya mengungkap katanya sebelum tersenyum. Puan Masyitah pula masih berdalih. "Ibu mahu rasa sedikit. Boleh ya?" Pinta ibunya lagi. "Alah, ibu. Nanti lah." Balas Maya pula sebelum memaut lengan ibunya dengan mengebilkan matanya banyak kali dengan wajah yang manja.

Puan Masyitah menggelengkan kepala sebelum tersenyum. "Hah, yalah. Ibu pergi depan dulu. Lauk tu dah boleh tuang kat mangkuk. Cepat sikit. Kasihan kawan kamu tu dah lapar." Balas Puan Masyitah sambil meletakkan semula sudu yang dipegang ke tempat asalnya. Maya pula sudah meleraikan pautannya dari lengan Puan Masyitah.

Selepas ibunya berlalu pergi, Maya lantas mengambil mangkuk sebelum menuang separuh lauk ke dalam mangkuk tersebut. Dia mengambil senduk dan masukkannya ke dalam mangkuk itu dan berlalu ke ruang tamu. Selepas meletakkan lauk itu ke atas meja. Dia terus memanggil Liya di ruang tamu. Ibunya pula sudah duduk di situ dari tadi.

"Liya, mari makan!" Panggil Maya. Liya yang sedang leka melihat telefon pintarnya itu sedar dengan panggilan tersebut. Dia lantas melangkah ke meja makan dan mengambil tempat duduk bersebelahan Maya. Kemudian, mereka bertiga terus menceduk nasi, lauk-pauk dan menuang air ke dalam gelas untuk santapan masing-masing.

"Eh, Liya. Sikitnya kamu ambil. Jika kamu mahu ambil lebih pun tidak apa. Jangan segan. Mak cik pun sudah kenal kamu lama." Tegur Puan Masyitah apabila sedar dengan tindakan Liya itu. "Tidak apa, mak cik. Saya memang makan sedikit." Balas Liya. "Eleh, yalah tu. Macam lah aku tak kenal kau." Maya mencelah tiba-tiba sambil tergelak kecil.

"Eh, Maya. Apa ni. Malu lah aku." Balas Liya sambil menyiku perlahan rakannya itu. Puan Masyitah tergelak melihat perangai dua anak dara di hadapannya itu. "Eh, sudah. Jangan bergaduh depan rezeki. Makan." Puan Masyitah memberi kata putus. Kemudian, mereka bertiga terus menjamu selera.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now