Chapter 27

74 4 0
                                    

Syazwan memberhentikan motosikalnya di hadapan rumah Maya. Kemudian, dia mematikan enjin moto. Selepas itu, dia terus menghantar mesej pada Maya untuk memberitahu dia sudah sampai.

Beberapa minit kemudian, Maya keluar dan menuju ke arahnya. "Syazwan, kenapa tak beritahu nak datang?" Soal Maya sambil tersenyum. "Alah, lagipun saya sekejap je ni." Balas Syazwan. "Hah, kenapa awak datang sini?" Soal Maya. "Ni, hah." Syazwan membalas sebelum memberikan beg pakaian kepada Maya. Sekali pandang seperti beg pakaian baju pengantin.

"Eh, untuk apa ni?" Soal Maya. "Awak pakai baju ni malam ni." Balas Syazwan ringkas. Maya terus mengambil pemberian itu. "Tapi, untuk apa?" Soal Maya sekali lagi. "Nanti saya share location. Lepas tu awak pergi kat tempat tu. Pastikan awak sampai pada pukul lapan setengah malam. Pakai tau baju tu." Syazwan bersuara sebelum mengingatkan Maya.

Maya mengangguk sambil tersenyum tanda faham. "Okey, saya balik dulu ya." Syazwan memberi kata putus. "Okey. See you later." Balas Maya. Kemudian, Syazwan terus berlalu pergi. Maya tersenyum manis lalu masuk ke rumah semula. Baru sahaja ingin ke kamar, Liya lantas memanggil.

"Eh, Maya sini. Jangan nak lari." Liya bersuara sebelum tergelak kecil. Lalu, Maya terus ke arah rakannya. Liya terus memandang rakannya. Terbeliak mata Liya tatkala melihat apa yang ada pada tangan Maya. "Wei, serious lah! Ni baju dari Nana Bridal! Untung nya kau! Cepatlah bukak, nak tengok!" Liya bersuara teruja. Dia baru sahaja ingin memegang zip beg pakaian itu, lantas Maya menghalang.

"Eh, tak boleh. Aku tak nak tengok sekarang. Aku nak pakai malam nanti." Balas Maya. Liya mengeluh seketika. "Hah, yalah." Balas Liya ringkas. Selepas mendengar jawapan dari Liya, Maya terus naik ke kamarnya.

MALAM ITU

Syazwan memandankan coat bewarna maroon pada kemeja putih dan seluar slag maroon yang dipakai. Dia membutang coat itu di bahagian tengah. Kemudian, dia melihat ke arah cermin untuk memastikan dia kelihatan kemas. Lalu, dia membetulkan kedudukan coat nya sebelum tersenyum.

Maya pula sudah memakai gaun kembang bewarna maroon pemberian Syazwan tadi. Gaun itu amat cantik. Lagi lagi dipadankan dengan Maya. Di bahagian dada gaun itu pula dihiasi dengan kain yang dirintangkan dan ada sulaman bunga bewarna merah jambu sehingga ke pingangg. Maya memadankan gaun itu dengan selendang bewarna 'blossom pink'.

Maya tersenyum apabila melihat wajahnya di cermin. Dia berpuas hati dengan penampilannya. Kemudian, dia terus turun ke bawah. Syazwan juga sama. Dia turun dari anak tangga dengan berhati-hati. Dia terus menguak pintu rumah. Dia terus menghidupkan enjin keretanya. Lalu, dia terus berlalu pergi ke tempat yang ditetapkan.

Encik Shamsul yang perasan tindakan anaknya itu terus menyoal Puan Sofia. "Mana si Wan tu nak pergi?" Puan Sofia agak hairan dengan soalan suaminya. "Lah, awak tak tahu ke?" Soal Puan Sofia pula. "Sebab saya tak tahu lah saya tanya." Balas Encik Shamsul.

Puan Sofia tergelak kecil sebelum menjawab. "Anak bujang awak tu nak mengorat anak kawan kita. " Balas Puan Sofia. "Siapa, Maya?" Soal Encik Shamsul. "Yalah, siapa lagi." Balas Puan Sofia. "Oh, kita dah nak dapat menantu lah ni." Balas Encik Shamsul sambil tersenyum sebelum tergelak kecil.

"Haish, awak ni. Ada ada jelah. Dah, saya nak masak." Balas Puan Sofia sebelum berlalu ke dapur. Encik Shamsul terus menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. "Syazwan, Syazwan. Dah pandai nak berahsia sekarang." Encik Shamsul bersuara sendirian sebelum tergelak kecil.

Maya menuruni anak tangga secara perlahan. Takut pula terjatuh. Gaun itu sahaja sudah memenuhi ruang pada tangga. "Liya." Panggil Maya. Liya yang sedar namanya di seru lantas menoleh. Terbeliak matanya tatkala melihat Maya. Dia terus melompat ke arah Maya. "Ya, Allah. Cantiknya kau Maya!" Liya bersuara teruja sambil melihat setiap inci pakaian Maya.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now