Chapter 32

89 2 0
                                    

Malam yang dingin ini menjadikan suasana menjadi sunyi. Akim pula mengambil gitar di kamarnya. kemudian, dia turun ke pondok sendirian. Dia terus memetik tali gitar itu. Bunyi nya agak gemersik tetapi masih belum kemas. Dia perlukan lebih latihan.

Syazwan meninjau dari pintu rumah. Kelihatan, Akim sedang cuba bermain gitar. Syazwan terus menyarungkan selipar pada kakinya dan terus ke arah pondok. "Akim, buat apa?" Soal Syazwan dengan senyuman sebelum duduk di pondok. Akim terus berhenti memetik gitar. "Eh, abang Syazwan. Akim nak cuba main gitar, tapi tak pandai sangat." Balas Akim dengan senyuman.

Syazwan tersenyum kecil mendengar respon dari Akim. "Cuba main abang nak dengar." Balas Syazwan. "Okey." Balas Akim sebelum memetik tali gitar itu. Selepas itu, Akim terus berhenti. "Lah, kenapa berhenti?" Soal Syazwan. Akim terus memuncungkan mulut. "Saya tak pandai main lah bang." Balas Akim sambil menggaru kepalanya.

Syazwan tergelak kecil mendengar pernyataan kanak-kanak itu. "Nak abang ajar?" Soal Syazwan. Akim lantas menganggukkan kepalanya. "Nak, nak!" Balas Akim teruja. Kemudian, dia menghulurkan gitar itu kepada Syazwan. Syazwan mengambilnya dan terus mengajar Akim cara yang betul untuk memetik gitar.

Maya yang dalam rumah itu terdengar petikan gitar itu. Dia lantas melihat dari tingkap rumah. Walaupun sedang larut malam, tetapi dia dapat melihat Syazwan yang memainkan alat muzik itu. Dia lantas tersenyum sambil mendengar bunyi gemersik yang indah itu. Lamunannya terhenti apabila Puan Kuntum menegurnya.

"Maya, buat apa?" Soal wanita itu. "Saya dengar mereka main gitar, mak cik. Sedap sangat." Maya membalas dan memuji Syazwan. Kemudian, baru dia perasan hatinya seolah-olah boleh menerima lelaki itu semula. Puan Kuntum tersenyum dengan keluhan.

"Maya, kalau hati tu dah boleh terima. Jangan dibiarkan terlalu lama. Buat penat hati dia nanti." Balas Puan Kuntum sebelum memegang bahu Maya. Maya hanya tersenyum mendengar ungkapan yang keluar dari mulut wanita itu. "Saya pun tak pasti mak cik. Hati saya ni macam berbolak balik." Balas Maya. Puan Kuntum tergelak kecil mendengar jawapan teruna di hadapannya.

"Kamu jangan risau. Mak cik tahu dia akan buat yang terbaik untuk dapatkan kamu semula." Balas Puan Kuntum. Maya sekali lagi hanya tersenyum. Kemudian, Puan Kuntum terus berlalu pergi. Maya pula melihat semula ke arah Syazwan dan Akim. Dia menghembus nafas yang berat di situ.

----------------

Pagi ini, mereka semua ke tali air kecuali Liya dan ibunya. Akim pula sedang bermandi manda di situ. Syazwan dan Pak Hamid pula sudah masuk ke dalam sungai untuk menangkap ikan menggunakan jala.

Maya pula duduk di muara sambil tersenyum melihat Akim yang dari tadi tidak henti-henti terjun dari atas pokok untuk masuk ke dalam sungai.
Kemudian, Maya melihat ke dalam baldi yang sudah ada 3 ekor ikan. Maya terus mencelupkan tangannya ke dalam baldi itu untuk memegang ikan. Dan secara tidak sengaja duri ikan itu tercucuk pada tangannya.

"Aduh!" Teriak Maya sambil menarik tangannya semula. Syazwan dan Encik Hamid yang sedang leka menangkap ikan itu lantas terhenti. Syazwan terus berenang ke arah Maya. "Eh, kenapa ni?" Soal Syazwan sambil naik ke darat. Syazwan yang hanya berseluar dan tidak berbaju itu menarik perhatian Maya dengan bentuk badannya yang sasa.

Lalu, Maya terus menjawab soalan Syazwan itu. "Ni hah, tadi saya pegang ikan tu. Lepas tu tak tahu kenapa tiba-tiba sakit." Balas Maya dengan wajah yang berkerut. "Sini saya tengok." Syazwan bersuara. Maya tidak berfikir panjang, lalu dia terus menghulurkan tangannya kepada Syazwan.

Syazwan terus menyambut tangan Maya dan melihat jari telunjuk Maya. "Oh, ni duri ikan." Balas Syazwan. "Bahaya ke?" Soal Maya. "Tak, cuma berbisa sikit." Balas Syazwan sebelum ingin menghisap jari Maya untuk mengeluarkan bisa itu. Maya terus menarik tangannya. "Eh, dah sakit pergi nak gigit lagi buat apa?" Soal Maya.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now