Chapter 56

25 2 0
                                    

Syazwan mengemaskan lagu suit bewarna royal blue yang dipakainya. Kemudian, dia melipat sapu tangan berjenama 'Key' milik Maya yang bewarna merah itu dengan kemas. Lalu, disematkan sapu tangan itu ke dalam kot yang dipakainya. Seterusnya, dia meletakkan krim rambut pada jarinya dan meratakan ke atas rambutnya.

Syazwan mencapai sikat di atas almari dan terus mengemaskan rambut di hadapan cermin yang disediakan. Mukhriz pula baru sahaja siap memakai stokin di birai katil. Kemudian, dia melihat ke arah Syazwan. "Dah siap ke belum?" Soal Mukhriz ringkas. "Belum, lagi sikit je ni." Balas Syazwan tatkala tangannya masih lincah mengemaskan sikatan rambut.

"Alah kau ni. Kita nak pergi jamuan makan je pun. Bukan nak pergi majlis kahwin." Balas Mukhriz sambil tergelak kecil. "Tidak apa lah. Sekali-sekala macam ni. Bukan selalu." Balas Syazwan sebelum mengemaskan rambutnya kali terakhir. Lalu, dia meletakkan semula sikat ke atas meja di hadapannya. "Ya, dah handsome tu Wan. Jangan risau." Mukhriz bersuara lagi apabila melihat Syazwan masih memerhatikan penampilannya di cermin. Kemudian, Mukhriz bangun dan mencapai kasut yang ingin di pakainya.

Apabila mendengar respon dari rakannya itu, baru lah Syazwan beredar dari cermin dan duduk di birai katil untuk menyarungkan stokin pula. "Kita pergi sana naik apa? Bas juga ke?" Soal Syazwan sambil menyarungkan stokin pada kakinya. "Tidak lah, dengar cerita pihak atasan dan sediakan kereta khas untuk kita. Satu kereta empat orang." Balas Mukhriz sambil mengikat tali kasutnya. Syazwan hanya menganggukkan kepala tanda faham.

Selepas Mukhriz membetulkan kedudukan kakinya pada kasut, dia terus menguak pintu bilik tersebut. "Aku turun dulu ya, Wan. Nanti nak turun tutup semua lampu. Kunci bilik jangan lupa bawa." Pesan Mukhriz di muka pintu. "Hah, okey-okey." Balas Syazwan ringkas sambil berdiri dan pergi ke rak kasut. Sejurus itu, Mukhriz terus berlalu pergi dan menuju ke lobi untuk menunggu bersama rakan-rakan yang lain.

Selepas mengambil kasut miliknya, Syazwan duduk semula di birai katil dan lantas menyarungkan kasut. Tiba-tiba sahaja, telefon pintarnya berdering. Kelihatan nama 'Ibu' yang terpampar pada skrin telefonnya. Dia lantas memgankat panggilan tersebut. Dia meletakkan telefonnya di atas bahu kanan dan melentokkan kepala untuk menahan telefonnya dari jatuh sambil telinganya mendengar apa yang dikatakan ibunya. Tangannya pula sebuk mengikat tali kasut.

"Assalamualaikum, Syazwan." Ucap ibunya di corong telefon dengan nada yang gembira. "Waalaikumussalam, ibu." Jawab Syazwan dengan senyuman. "Anak ibu ni sihat ke?" Soal Puan Sofia untuk memulakan bicara. "Ya, alhamdulillah Wan sihat je." Balas Syazwan ringkas. Kemudian, dia menukar pula kedudukan telefonnya di bahu kiri untuk menukar posisi supaya dapat mengikat tali kasut di kaki kirinya.

"Wan tengah buat apa tu?" Soal ibunya lagi. "Ouh, Wan tengah bersiap ni. Malam ni ada jamuan makan dengan team Wan." Balas Syazwan lagi. "Ouh, maaf lah ibu ganggu kamu time macam ini." Ucap Puan Sofia. Risau pula jika anaknya itu terlambat. "Tidak ada lah ibu. Wan dah siap ni. Tinggal nak turun ke lobi sahaja." Balas sahaja dengan sedikit gelakan.

Lalu, jejaka itu bangun dari birai katil dan mengambil kunci bilik dan beg dompetnya. Dia terus melangkah ke arah suis utama. "Ouh, kalau macam itu tidak apa lah. Sampai pukul berapa majlis itu?" Soal ibunya lagi. "Erm, itu Wan tidak pasti lah ibu. Start pukul sembilan malam. Habis mungkin dalam pukul sebelas." Balas Syazwan sambil menekan suis di hadapannya untuk mematikan lampu.

Kemudian, dia melangkah keluar dari bilik dan segera mengunci pintu tersebut. "Ouh, macam itu." Balas ibunya ringkas. Selepas memasukkan kunci dan beg duit ke dalam poket kemeja di dalam kotnya, Syazwan terus melangkah untuk ke arah lobi sambil berkata. "Kenapa ibu call malam-malam macam ni?" Soal Syazwan dengan senyuman yang kelat. "Kenapa? Tidak suka ya ibu call?" Soal Puan Sofia.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now