Memandangkan malam ini adalah permulaan bagi cuti umum, banyak kenderaan yang memenuhi ruang di atas jalan raya. Pasti sahaja ada yang mahu pergi bercuti, berjalan-jalan ataupun pergi ke pusat membeli belah. Yang pastinya, semua masyarakat cuba untuk mengisi masa lapang mereka bersama keluarga mahupun sahabat.
Darwish memandu kereta miliknya dengan cermat menyusuri jalan raya yang besar itu. Di sebelahnya pula ada Dania yang sentiasa bersamanya jika hendak keluar bersama. Hari ini, mereka akan pergi ke butik-butik yang berdekatan untuk membeli beberapa pakaian yang sesuai.
Sedang Darwish fokus memandu, Dania mula membuka bicara. "Abang, Nia nak tanya sikit boleh?" Soal gadis itu sambil menoleh ke arah abangnya. "Hah, tanya je lah. Kenapa?" Balas Darwish ringkas. Dania mengetap bibirnya seketika untuk mengumpul keberanian untuk menyoal tentang soalan yang berlegar di kepalanya.
"Abang ingat tak, ada satu malam tu kita duduk dekat baranda tepi rumah tu? Yang kita cerita fasal seorang yang abang anggap istimewa tu?" Soal Dania panjang. Darwish mendiamkan diri seketika tanda berfikir. Tidak lama kemudian, dia terus membalas. "Hah, ingat. Kenapa?" Soal Darwish sambil menoleh ke arah adiknya dengan hairan. Kemudian, dia memandang ke hadapan semula.
"Kalau Nia tanya abang jangan marah boleh?" Soal Dania ingin kepastian. Darwish tergelak kecil apabila mendengar soalan itu. "Nia tak tanya mana lah abang tahu abang akan marah atau tak." Balas jejaka itu dengan sisa baki tawa. Dania sudah berkerut kening tanda tidak puas hati dengan sikap abangnya yang tidak serious. Lantas sahaja gadis itu menepuk peha kiri Darwish dengan kuat.
"Aduh! Sakitlah." Darwish mengerang kesakitan sambil mengusap peha kirinya. Kuat sungguh pukulan dari adik perempuannya itu. "Hah, tahu pun sakit! Orang tanya main-main pula." Balas Dania apabila bersandar pada kusyen kereta sambil berpeluk tubuh dengan bibir yang mencebik. Darwish pula sudah menggelengkan kepala dengan senyuman.
"Alah, merajuk pula. Abang gurau lah. Cepat lah tanya apa yang Nia nak tahu tu." Darwish cuba memujuk hati adiknya semula. Sempat pula tangannya mencuit lembut pipi Dania. Selepas itu, baru lah Dania membetulkan kedudukan duduknya dan kembali pada topik perbualan. "Nia nak tanya, abang dah buat ke apa yang Nia suruh?" Soal Dania spontan.
Pertanyaan itu berjaya membuatkan Darwish terdiam. Bukan apa, dia memang sudah melakukannya. Cuma, keputusannya sahaja yang mengecewakan. "Dah, tapi itu lah. Perkara lain pula muncul jadi masalah." Balas Darwish lambat-lambat. Dania serta-merta mengerutkan kening. Lalu dia memusingkan sedikit badannya agar dapat mengadap ke arah Darwish.
"Tunggu dulu. Masalah? Masalah apa? Ada apa-apa ke abang sembunyikan daripada Nia? Atau abang tidak cerita sepenuhnya? Abang tidak pernah pula cerita pada Nia yang abang ada masalah dengan orang tu." Soal gadis itu bertalu-talu. Darwish pula hanya menadah telinga mendengar soalan itu. Otaknya pula bergeliga hendak memikirkan jawapan yang perlu diberikan.
"Ada lah sikit salah faham. Abang pun tidak perasan benda tu selama ni. Tiba-tiba saja dia tahu. Jadi, dia pun salah anggap dengan abang." Balas Darwish. Namun, dia tidak lah menyebut secara terang kepada Dania dengan apa yang dia cuba maksudkan dengan 'masalah' tersebut. Dania pula sudah mengangguk faham dengan apa yang dikatakan oleh abangnya. "Habis tu, gaduh lah ni?" Soal Dania ingin kepastian.
"Yalah, macam mana lagi kalau bukan gaduh." Balas Darwish sambil meletakkan sikunya pada cermin tingkap kereta sebelum memandang ke luar untuk seketika dan seterusnya fokus pada pemanduannya semula. Dania pula sudah mengeluh sebelum mengadapkan badannya ke hadapan semula. "Habis tu, abang tidak cuba ke nak terangan pada dia?" Soal Dania lagi.
YOU ARE READING
Hilangkan Segalanya
RomanceMaya yang tidak meminati sukan bola sepak itu langsung tidak mengambil tahu berita tentang sukan. Dia juga jarang ke mana mana untuk menyaksikan sebarang acara. Namun, disebabkan kawan perempuan serumahnya minat bola sepak, dia terpaksa juga menema...