Chapter 92

37 3 0
                                    

Maya duduk berdua dengan Syazwan di meja makan sebuah restoran. Dari mereka sampai, sehinggalah menjamu selera, keadaan mereka agak membisu kerana masing-masing mendiamkan diri. Maya ada juga ingin memulakan perbualan. Tetapi, tindak-tanduk Syazwan yang kelihatan kekok itu membuatkan dirinya agak segan.

"Are you okey?" Soal Maya akhirnya. Syazwan menghentikan segala tindakannya sambil memerhati ke arah Maya. "What do you mean by okey?" Soal Syazwan semula sambil meletakkan sudu dan garfu ke pinggan. "Saya tengok awak sejak-sejak ni macam pelik." Balas Maya ringkas. "Apa yang peliknya? Saya sama je lah macam dulu." Balas Syazwan dengan gelakan kecil untuk menyelindung perasaan gusarnya.

"Ya lah tu. Macam lah saya ni baru kenal awak sehari dua. Saya tengok muka awak pun dah tahu." Balas Maya lagi sebelum menyedut minumannya. "Hish, awak ni. Ada-ada je. Saya okey je lah." Balas Syazwan sambil mengukirkan senyuman tipis. "Kalau okey, kenapa dari tadi asyik diam je? Muka awak pun nampak risau. Macam ada yang tidak kena. Awak ada masalah ke? Kalau ada beritahu lah pada saya." Balas Maya dengan jawapan dari pemerhatiannya. Gadis itu juga sedia menjadi pendengar setia untuk Syazwan.

"Tidak ada apa-apa lah. Saya cuma rasa takut." Balas Syazwan sambil menundukkan pandangan. "Apa pula yang awak nak takutkan?" Soal Maya lagi. "Lagi berapa hari kita nak nikah?" Soal berbalas soalan. Namun, Maya tidak menindas. Jadi, gadis itu terus menjawab. "Empat hari. Kenapa? Semua persiapan dah siap kan?" Jawab gadis itu dengan dua soalan di hujungnya. "Memang lah semua dah siap." Jawab Syazwan ringkas.

"Habis tu, apa yang awak takutkan? Awak jangan lah buat saya risau." Balas Maya dengan nada suara yang agak risau. "Saya takut lah waktu hari kita nikah nanti. Saya sebagai pengantin lelaki mestilah berdebar. Saya yang nak lafazkan akad nikah tu." Balas Syazwan sebelum tergelak. Sengaja dia mahu berselindung dari kenyataan yang sebenar bahawa dirinya asyik memikirkan tentang Farah.

"Hish, awak ni. Saya fikir apa lah tadi. Awak jangan lah buat saya risau." Balas Maya sambil mencebik. "Kenapa pula dengan saya? Awak tu yang terlampau risau. Awak jangan lah fikir bukan-bukan fasal saya. Everything is fine." Balas Syazwan sebelum mengukir senyuman. "Okey, saya percaya. Tapi, kalau awak Ada masalah apa-apa. Terus beritahu saya tau!" Maya bersuara lagi. "Ya, awak. Saya akan cepat-cepat beritahu awak." Balas Syazwan dengan senyuman.

"Janji?" Soal Maya lagi sambil menunding jari ke arah jejaka di hadapannya itu untuk mendapatkan kepastian. "Ya, saya janji." Balas Syazwan lagi sambil mengangkat tangan kanan tanda ikrar. Selepas Maya menganggukkan kepalanya dengan senyuman, barulah Syazwan menurunkan semula tangannya. "Ouh, ya. Saya ada benda nak cakap dengan awak sebenarnya." Maya bersuara lagi.

"Apa dia?" Soal Syazwan pantas. "Saya ada dapat tawaran untuk kerja di London." Balas Maya sambil memandang ke arah Syazwan. "Wow. That's great!" Syazwan membalas dengan teruja sambil tersenyum. "Tapi..." Maya tidak menghabiskan ayatnya lalu menundukkan pandangan. "Tapi apa?" Soal Syazwan yang terus pudar senyumannya. Risau pula jika dia akan mendengar halangan buat Maya untuk meneruskan kerjayanya.

"Tarikh interview di London tu adalah tarikh nikah kita." Balas Maya lemah. Terdengar juga keluhan dari gadis itu. "Lah, macam tu pula? Habis tu, awak tolak tawaran tu ke?" Soal Syazwan dengan wajah yang agak gusar. "Tidak, saya belum tolak. Sebab dia beri masa juga pada saya. Lagipun, tak akan lah nak postpone majlis nikah kita." Balas Maya lagi. "Ouh, I see." Balas Syazwan ringkas. "And one more thing. Tawaran tu ada contract. Which is, kalau saya terima, saya kena stay sana untuk masa tiga tahun." Balas Maya lagi.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now