Chapter 62

29 2 0
                                    

Encik Shamsul turun menurusi anak tangga. Lalu, dia menyusun langkahnya menuju ke ruang tamu. Baru sahaja melabuhkan punggunya ke sofa, isterinya pula datang dari dapur dan memanggil dirinya. "Abang, abang." Panggil Puan Sofia dua kali dengan gembira sambil melangkah ke arah suaminya.

Encik Shamsul lantas menoleh ke arah isterinya yang berada di belakang dan kini menuju ke arahnya. "Ya, apa dia?" Soal Encik Shamsul hairan. Puan Sofia mengambil tempat tepat di sebelah suaminya. Tangan Puan Sofia masih lagi memegang telefon pintarnya sambil tersenyum. "Abang nak tahu sesuatu tak?" Soal Puan Sofia. "Mesti lah. Kalau tidak, tidak adanya saya mengadap awak sekarang ni." Balas Encik Shamsul pantas.

Puan Sofia tersenyum mendengar respon suaminya. Kemudian, dia membetulkan kedudukan duduknya untuk mengadap Encik Shamsul. Lalu, dia terus menjawab. "Tadi, Masyitah ada call saya." Balas Puan Sofia separuh. "Jadi, kenapa?" Soal Encik Shamsul pula untuk memintas. "Hish, abang ni. Dengar lah dulu." Marah Puan Sofia sambil menepuk peha suaminya dengan bibir yang dijuihkan.

"Hah, apa dia?" Soal Encik Shamsul dengan gelakan kecil dengan tindakan isterinya tadi. Puan Sofia mengeluh seketika. Kemudian, dia mengambil mood semula dan terus menyambung. "Masyitah kata, minggu depan pun Maya free." Balas wanita itu dengan teruja. "Wah, bagus lah! Maksudnya, semua ada lah ya nanti?" Soal Encik Shamsul lagi ingin kepastian.

Puan Sofia mengangguk tanda betul sambil berkata. "Ya, betul. Dapat lah kita buat perfect vocation." Encik Shamsul tergelak kecil dengan pernyataan isterinya. "Lepas ini, kita sudah boleh order tiket. Tapi sebelum tu, kena fikir dulu hendak pergi mana." Balas Encik Shamsul. Puan Sofia pula mula bersandar pada sofa. Kemudian, dia mula berfikir. "Hah! Apa kata kita pergi ke Korea. Best juga di sana!" Puan Sofia bercadang. Encik Shamsul pula sekarang berfikir. "Hm, boleh juga. Saya tidak kisah sangat. Asal kan awak gembira." Balas Encik Shamsul dengan senyuman.

Puan Sofia pula sudah tersenyum gembira. "Tidak sabarnya saya rasa nak beritahu Syazwan tentang perkara ini. Mesti dia gembira bila dapat tahu Maya pun ikut sekali." Puan Sofia bersuara lagi. Encik Shamsul berkerut kening sambil memandang isteriya. "Eh jangan. Biar dia tahu sendiri. Ataupun, biar Maya yang beritahu kepada Syazwan. Lagipun, Syazwan sedang sebuk sekarang. Saya pasti dia di stadium sekarang." Balas Encik Shamsul sambil menyilangkan kakinya. Puan Sofia pula hanya menganggukkan kepala.

--------------------

Darwish memarkir keretanya di hadapan rumah sewa Maya dan Liya. Dia menjenguk seketika ke arah rumah itu dari dalam kereta. Lalu, dia keluar dari kereta miliknya dan terus menuju ke pintu pagar rumah tersebut. "Assalamualaikum!" Ucap Darwish di hadapan rumah itu.

Namun, masih tiada jawapan. Lalu, dia memberikan salam sekali lagi. Tiba-tiba, kelihatan pintu utam rumah dikuak. Namun, yang keluar ialah Liya. Liya menyarungkan kakinya pada selipar sebelum berjalan mendekati Darwish. "Kau nak apa ni?" Soal Liya sambil mengangkat kening. "Liya, Maya ada tak? Aku nak jumpa dia." Balas Darwish lagi. Liya sudah mula berkerut kening tanda marah.

"Kenapa kau sebuk sangat nak jumpa dia ya?" Soal Liya sambil berpeluk tubuh dengan muka yang masam. "Aku cuma nak berborak dengan dia. Aku tidak akan buat benda yang tidak baik pada dia." Balas Darwish sambil menjenguk ke dalam untuk memastikan sama ada Maya ada atau tidak. "Ya lah tu tidak buat benda yang baik. Ouh, lagi satu perkara. Maya tidak ada di sini." Balas Liya sambil tergelak sinis.

"Ya, betul. Apa yang tidak kena ni? Cuba beritahu aku. Sekurang-kurangnya aku faham situasi dia sekarang." Balas Darwish ingin pasti. Liya hanya menggelengkan kepala tanda tidak percaya yang Darwish masih tidak mengaku. Masalahnya, Darwish memang tidak terfikirkan langsung tentang rancangannya dengan Farah yang telah lama dilupakan.

"Kalau tentang hal itu, lebih baik kau tanya Maya sendiri. Aku tidak tahu." Balas Liya cuba berdalih. Kali ini, dia cuba berlembut sedikit. "Macam mana aku nak tahu kalau aku contact pun dia tidak balas." Jawab Darwish sebelum mengeluh dan menjatuhkan pandangannya ke bawah. Melihat reaksi dari Darwish itu, Liya tiba-tiba merasakan ada yang tidak kena dengan sikap Darwish yang masih berusaha untuk berjumpa dengan Maya meskipun sudah di sekat.

Liya terfikir pula dengan apa yang dikatakan oleh Ida tempoh hari. Mungkin gadis itu boleh menipu. Tetapi, pada waktu itu, jelas sekali bahawa Ida juga memberitahu perkara yang sebenar. Namun, pasti ada perkara yang terjadi disebaliknya. "Aku rasa, kau perlu beri dia ruang lah Darwish. Mungkin beri dia sedikit masa lagi." Balas Liya lagi.

Mendengar sahaja saranan dari Liya itu, Darwish mengangkat semula wajahnya dan memandang ke arah Liya. "Kau pasti ke?" Soal Darwish lagi. "Ya, aku pasti." Balas Liya ringkas. "Baiklah, kalau macam itu. Aku balik dulu." Selepas berkata, Darwish terus masuk semula ke dalam keretanya dengan wajah yang muram.

Liya hanya memerhatikan jejaka itu berlalu pergi begitu sahaja. "Ada yang tidak kena lah. Aku kena beritahu Maya tentang hal ini." Liya bersuara sendirian. Kemudian, gadis itu masuk semula ke dalam rumahnya.

DI PASAR RAYA

Maya menolak troli yang di bawanya dengan perlahan sambil memerhatikan barang-barangan yang ada disekelilingnya. Puan Masyitah pula sedang memeilih beberapa barang dapur dan memasukkannya ke dalam troli yang di bawa oleh Maya.

"Mama, Maya nak tanya lah." Maya bersuara tiba-tiba. "Hah, apa dia?" Soal Puan Masyitah sambil matanya masih ralit melihat setiap tanda harga pada barang serbaneka di sebelahnya. Maya terdiam seketika sebelum berfikir sejenak. Lambat-laun, dia tetap menyoal juga. "Macam mana nak kekalkan hubungan dengan seseorang ya?" Soal Maya dengan perlahan.

"Kenapa tiba-tiba tanya ni?" Soal Puan Masyitah dengan seyuman lalu memasukkan kotak bijirin ke dalam troli. "Bukan apa, Maya hendak tahu saja. Macam mama dengan papa. Kan masih bersama sehingga sekarang." Balas Maya dengan memberi contoh tentang kedua ibu bapanya agar Puan Masyitah tidak terfikirkan hubungannya dengan Syazwan.

"Kalau macam itu, kamu perlu yakin sahaja." Balas Puan Masyitah ringkas sambil tersenyum ke arah Maya. Maya pula sudah mula keliru. Tidak akan lah itu sahaja. "Yakin? Apa maksud mama?" Soal Maya hairan. Puan Masyitah tergelak kecil sambil matanya masih memandang kepada rak barangan. Sambil membelet-belet barangan di situ, dia masih menjawab soalan anaknya. "Kamu kena yakin lah dengan pasangan kamu. Jangan ada ragu-ragu dengan kesetiaannya. Dan sentiasa percaya antara satu sama lain. Secara tidak langsung, kasih sayang itu akan terjalin. Memang lah kadang-kadang ada bertengkar, tapi bincang lah secara baik. Semua masalah pasti ada penyelesaiannya." Balas Puan Masyitah sambil menarik troli untuk memudahkan pergerakan Maya.

Setelah barangan yang ingin di beli cukup, mereka berdua terus bergerak menuju ke arah kaunter. "Tapi kan mama, kalau sudah ungkapkan perkataan sayang, macam mana kita nak tahu yang dia betul-betul maksudkannya?" Soal gadis teruna itu lagi. "Bagi mama, kalau dia cakap yang dia sayang kan kita, itu hak dia. Terpulang pada dia sama ada dia ikhlas ataupun sekadar untuk menyedapkan hati kita. Tapi, kita sebagai pasangannya, kita haruslah beri dia peluang untuk buktikan kasih sayang dia terhadap kita. Kita pun jangan lupa balas kasih sayang itu."

Balas Puan Masyitah panjang. Puas di ulasnya pertanyaan yang di soal oleh Maya sebentar tadi. "Ouh, macam itu. Tapi nak tunggu sampai bila pula?" Soal Maya lagi dengan bibirnya yang muncung. "Apa maksud kamu? Tunggu seseorang melamar? Tidak salah pun berapa lama. Ikut kepastian dan keberanian seseorang untuk melamar pasangannya." Balas Puan Masyitah lagi. Maya pula hanya menganggukkan kepala tanda faham. "Tunggu dulu. Kamu cuba maksudkan siapa ni? Kamu maksudkan Syazwan ya?" Puan Masyitah cuba membuat andaian apabila menoleh ke arah Maya. Wanita itu juga sudah tersenyum nakal dengan mununding jari.

"Eh, mama. Sudah lah tu. Kan Maya kata hanya sekadar bertanya. Balas Maya sebelum berhenti di hadapan sebuah peti ais elektronik. Kemudian, dia mengambil sebatang ais krim untuk menyejukkan tekak. "Eleh, ya lah tu. Ingat mama tidak kenal dengan perangai kamu?" Soal Puan Masyitah ingin mengusik. "Apa lah mama ni. Sudah, jom ke kaunter depan tu. Sudah kosong."

Maya cuba melarikan topik perbualan sambil menunjuk ke arah kaunter pembayaran yang masih lengang tidak jauh dari mereka. Kemudian, Maya terus menolak troli yang dibawanya dan di ikuti oleh Puan Masyitah dari belakang yang sedang tersenyum sambil menggeleng kepala.

Hilangkan SegalanyaWhere stories live. Discover now