USAI sahaja memasuki biliknya, senyum yang sedari tadi terukir pada wajah Ellia perlahan-lahan mati. Lock pintu diputarnya, memastikan pintu biliknya itu terkunci rapat. Kemudian, langkah lemah dibawanya menuju ke katil.
Kertas yang mengandungi markah keseluruhannya bagi ujian yang diadakan pada dua minggu lepas dikeluarkan dari dalam beg. Tanpa dipinta, kristal jernih mulai bertakung di ruangan matanya.
Ellia mengemam bibirnya, menahan esak tangisnya daripada kedengaran.
"9G... Apa yang kau buat selama ni, Ellia? Kau asyik cakap nak banggakan mama dengan papa... Tapi, keputusan kau masih lagi macam ni. Pencapaian dalam bidang sukan pun teruk... Kau tahu tak yang kau ni memalukan?" gumamnya sendirian.
Mengingat semula kata-kata yang telah didengarinya semasa berada di tandas sekolah sebentar tadi, emosinya semakin bergoncang hebat.
"Aku hairanlah... Dengan keputusan akademik Ellia yang 9G tu, macam mana dia boleh masuk sekolah ni eh?"
"Anak orang kaya, biasalah... Mak bapa dia tinggal bagi duit aje kalau sekolah ni tak terima Si Ellia tu. Ataupun senario lain... Maybe Airika atau adik-adik Ellia tu yang bantu dia. Kau tahu yang Airika dengan adik-adik Ellia tu pemegang rekod akademik terbaik di sekolah ni, kan? Rasanya, kalau diaorang pujuk Pengetua untuk terima Ellia dekat sini, mestilah Pengetua lembut hati. Sebab tu lah, dia boleh masuk sekolah ni even keputusan akademik dia macam tu..."
"Kiranya, dia guna 'inner connection'lah, kan?"
"Hmm, macam tu lah... Tapi, bagi aku, tak ada makna pun dia belajar dekat sekolah ni. Even sekolah ni berprestij, tak ada guna juga untuk Si Ellia tu selagi keputusan dia seteruk tu. Agaknya, kalau bukan sebab keluarga dia yang kaya tu bantu dia, mesti dia dah merempat dekat tepi jalan sekarang ni."
"Aku pun rasa macam tu... Dia bukannya ada apa-apa bakat, tak macam ahli keluarga dia yang lain. Rasa macam dia tu bukan daripada keturunan Lawrence atau Jennings... Entah-entah, dia tu anak pungut eh?"
"Kalau anak pungut, tak adalah menghairankan. Tapi, dia tu memang anak kandung Sienna Jennings Lawrence dengan Blair Lawrence. Aku rasa, dia ni 'bibit sesat' dalam keluarga Lawrence dan Jennings. Serangga perosak yang memalukan kedua-dua keluarga besar tu."
"Aku rasa simpati pula dengan keluarga Lawrence dan Jennings. Tak pasal-pasal, rekod perfect diaorang tercemar. Semua ahli dalam kedua-dua keluarga tu berbakat dan mencipta nama dalam pelbagai jenis bidang yang berbeza-beza. Malahan, keputusan akademik dan sukan diaorang semuanya tahap tip-top! Si Ellia ni pula... Adoilah... Memalukan betul!"
"Lepas NAAC nanti, entah apalah kejadian Si Ellia tu..."
"Kalau dia reti sedar diri yang dia tu memalukan keluarga, aku rasa maybe dia keluar rumah dan kemudian hidup merempat... Then, hidup menjadi ahli masyarakat dekat lorong gelap tu."
"Confirm bergelar sampah masyarakat..."
Tangannya yang masih memegang kertas ujiannya perlahan-lahan meremukkan kertas tersebut. Sedar diri... Ya, dia memang sedar diri bahawa dia memalukan keluarganya! Dia tiada sebarang pencapaian yang mampu dibanggakan. Langsung tiada!
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...