𝟬𝟰𝟲 ‣ 𝘼 𝙏𝙖𝙡𝙠 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝘾𝙚𝙡𝙚𝙨𝙩𝙚

8 2 0
                                    

MELALUI bukaan langsir yang gagal menyembunyikan cahaya dari luar tingkap bilik itu, Ellia berbaring mengiring ke kanan, membelakangi CA yang tidur di sisi kirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MELALUI bukaan langsir yang gagal menyembunyikan cahaya dari luar tingkap bilik itu, Ellia berbaring mengiring ke kanan, membelakangi CA yang tidur di sisi kirinya.

Jangan hairan mengapa mereka berdua tidur dalam satu bilik yang sama. Sebenarnya, situasi ini terjadi kerana mereka memutuskan untuk bermalam di Crowner Palace. Memandangkan CA dan Ellia sama-sama tidak mahu menyempit di bilik Alex, Hope, Sun mahupun Yuki, kedua-duanya harus berkongsi bilik. Bukannya tidak ada bilik lain selain daripada bilik yang satu ini, tetapi itulah... Dua daripada bilik lain itu merupakan bilik tetamu yang sangat jarang digunakan, jadi bilik-bilik itu agak berhabuk. Bilik yang satu lagi itu pula milik J. Kedua-dua CA dan Ellia tidak berkenan dengan pemilik bilik tersebut, maka akhirnya mereka berakhir dengan situasi sebegini; Berkongsi bilik.

Sebentar tadi, sebelum CA terlelap, Ellia sempat juga berbual-bual dengannya. Ikutkan hati, dia ingin melanjutkan perbualan mereka. Akan tetapi, dia jatuh kasihan melihat keadaan CA yang jelas kelelahan itu. Sudahnya, dia yang bertindak mengakhiri sesi perbualan mereka. Berpura-pura seperti dia sudah mengantuk walhal dia masih lagi bertenaga. Yalah, dia tahu CA tidak akan berehat sekiranya dia tidak berbuat sedemikian... CA pasti akan menemaninya berjaga tidak kiralah betapa penatnya gadis itu. Sebab itulah, Ellia langsung mengeluarkan bakat lakonannya demi membuatkan CA percaya yang dia benar-benar mengantuk.

Namun kontra dengan lakonannya tadi, mata Ellia kala ini sangat sukar terpejam. Bukan cuma kerana dia belum mengantuk, tetapi juga kerana memikirkan soal penghuni asal bilik yang ditempatinya kini. Kenyataan bahawa bilik yang dia dan CA kongsikan ini dahulunya milik CL membuatkan ruang dadanya terasa sendat tanpa ada alasan yang pasti.

Jejak CL di dalam bilik ini masih tertinggal. Entahkan lelaki itu sengaja ataupun tidak, tetapi sebilangan daripada barang-barangnya ada di sini... Misalnya, trofi, model-model karakter sedia ada dalam VRS, buku-buku dan bahkan, seragam khas team Crowner kepunyaannya.

 Misalnya, trofi, model-model karakter sedia ada dalam VRS, buku-buku dan bahkan, seragam khas team Crowner kepunyaannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berkenaan ruang bilik ini pula, dekorasinya kelihatan simple. Bertemakan warna hitam putih, cukup ketara yang CL orangnya plain sahaja. Walaupun begitu, Ellia boleh melihat bahawa bilik ini tersusun rapi. Berdasarkan pemerhatiannya, peletakan objek-objek seperti potret dan tumbuhan di ruangan ini cukup terperinci. Menandakan bahawa CL seseorang yang agak mementingkan kekemasan.

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now