LAMA Ellia terpaku di hadapan bangunan elit yang kini berdiri tegak dalam pandangannya itu. Sepasang matanya kemudian dihalakan semula pada skrin telefonnya, membaca semula chat daripada Airika. Betullah ini tempatnya, kan?
Rhodes Road. From the main road, drive past the second junction and then turn left. Go straight until you see a building with glossy grey colour. That's the place.
Mengenang kembali arah yang telah diambilnya, kepala Ellia mulai terangguk-angguk. Semua arah yang dia ambil memang betul, tapi... Haih, dia masih musykil kalau-kalau ini tempat yang sepatutnya dia pergi!
"Hesy! Call Aira terus ajelah kalau macam ni..." Tidak betah dia untuk terus-menerus diselaputi keraguannya yang tidak berkesudahan.
Walau bagaimanapun, tepat sebelum Ellia mendail nombor Airika, panggilan masuk datang secara mengejut daripada gadis itu. Wah, macam ada chemistry pula otak mereka berdua! Nafas lega dihembus perlahan oleh Ellia sebelum panggilan itu diangkat. Suara Airika segera melantun lembut ke corong pendengarannya.
"Helo, Grace?"
"Helo, Aira..."
"Kau dah sampai ke?"
"Err, aku tak pasti... Aku rasa aku dah drive ikut direction yang kau bagi, tapi tempat yang aku sampai ni... Macam sunyi aje..."
"Erm, kejap eh... Aku tengok dari tingkap dulu. Oh, you're here... Come on up. Kitorang tunggu kau dekat atas ni... Tingkat dua."
"A─"
Tidak sempat Ellia mahu menghabiskan ayatnya, panggilan di hujung sana sudah pun ditamatkan. Dia menghela nafasnya dengan mata yang terpejam. Elok sangatlah perangai sepupunya itu!
"Apalah agaknya plan diaorang ni?"
Dalam keadaan tertanya-tanya, Ellia lantas mempercepatkan langkahnya untuk memasuki bangunan elit tersebut. Baru sahaja dia mahu menolak pintu masuk utama ruangan bangunan itu, pintu tersebut terlebih dahulu dibuka dari dalam.
Kedatangannya disambut oleh dua orang lelaki bertubuh sasa yang memakai sut hitam lengkap dengan suatu lencana khas. Buat beberapa ketika, Ellia memerhatikan logo yang membentuk lencana itu sebelum memasuki bangunan tersebut secara rasmi.
Dua lelaki itu membawa tangan mereka ke sisi, isyarat supaya Ellia meneruskan langkahnya. Senyuman formal yang penuh hormat terukir pada wajah mereka berdua, membuatkan Ellia menguntumkan senyuman dengan formaliti yang sama. Kemudian, dia melanjutkan langkahnya mengikut arah yang ditunjukkan berdasarkan isyarat tangan mereka.
Tidak berapa lama selepas itu, dia didatangi oleh seorang gadis berpakaian elegan dengan skaf yang menghiasi bahagian lehernya. Pada skaf tersebut, terdapat pin yang sama logonya seperti lencana pada sut dua lelaki yang menyambut kedatangannya.
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Novela Juvenil❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...