PAGI Ellia hari ini dimulakan dengan kejutan bunyi daripada alarmnya. Regangan-regangan kecil dilakukan sebaik kakinya turun mencecah lantai. Teringat semula apa yang berlaku kelmarin, dia melepaskan keluhan perlahan. Dia sebenarnya sudah bersedia untuk membongkarkan semua yang dia ketahui... Malang sekali, garis takdir yang terukir seakan memangkah niatnya.
Belum sempat dia mahu membuka mulut bagi menceritakan kebenarannya kepada L dengan Sun, mereka dikejutkan oleh kepulangan awal Blair dan Sienna dari pejabat. Kebiasaannya, mama dan papa mereka itu pulang lebih kurang pukul 8.00 malam. Akan tetapi, kisahnya berlainan pula kelmarin. Mereka berdua telah pulang ke rumah sebelum jam menunjukkan 6.00 petang lagi.
Jenuh juga dia dileteri Sienna kerana bermain hujan. Nasib baiklah ada papanya, L dan Sun yang menolong dia melepaskan diri daripada leteran mamanya. Kalau tidak, pasti sampai ke hari ini leteran itu berterusan!
Dan ya, kerana kepulangan mama dan papanya yang tidak dijangkakan itu, Ellia tidak dapat menyampaikan kebenarannya kepada L mahupun Sun. Kecewa? Sangat!
Pun begitu, dia hanya mengekalkan fikiran yang positif sahaja. Mungkin juga belum tiba waktunya untuk kebenaran itu terdedah.
"Ugh," keluhnya sekali lagi sebelum langkah malas dibawa ke bilik air untuk membersihkan diri.
Beberapa minit selepas itu, barulah dia keluar semula dari bilik air. Selesai menyikat rambut, komputer mini VRS dikeluarkan dari laci peribadinya lalu dihidupkan. Dahinya berkerut sedikit tika matanya disapa paparan skrin yang menunjukkan sekotak hadiah.
"Click open!"
"Apa ni? Dah macam scamming operation pula," sungutnya sendirian.
Namun, tangannya diringankan jua mengklik button open pada skrin tersebut. Tidak semena-mena, bunyi trumpet yang kuat kedengaran. Hampir sakit jantung Ellia jadinya!
Dengan gerakan tangan yang lincah, sound dalam VRS ditetapkan semula kepada volume asal. Aduh! Bagaimanalah dia boleh terlupa menurunkan kembali volume komputer mini itu? Kepalanya digeleng-geleng laju.
Sebelum ini, volume komputer tersebut dia kuatkan supaya dia dapat mendengar bunyi notification new message masuk. Maklumlah, dia terlalu berharap yang CL akan membalas messages yang dia kirimkan sebelum akaun lelaki itu dinyahaktifkan sekali gus diharamkan. Sayangnya, harapan tinggal harapan sahaja.
"How are you there, CL?" Soalan itu digumam rendah.
Matanya dipejamkan, cuba mengawal diri daripada lemas di bawah naungan emosinya.
Usai mengerdipkan matanya semula, Ellia langsung tergamam dengan perkara yang menyapa pandangannya. Surprise box? Kotak hadiah tadi itu... Surprise box? Hampir-hampir sahaja dia menjerit disebabkan teruja! Nasib baiklah akal warasnya cepat menegah sebelum dia berbuat sedemikian.
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...