HARI baharu telah pun memulakan kitarannya. Pagi ini, Ellia bangun dengan keadaan yang lumayan baik. Dia bahkan terlihat agak berseri memandangkan tiada lagi rasa sakit kepala atau tekanan melampau yang menjadikan harinya bermula dengan buruk seperti sebelum ini.
Tika ini, dia sedang dalam perjalanan untuk ke tingkat bawah. Baru separuh anak tangga dituruninya, dia langsung menangkap bunyi orang berbual-bual di tingkat bawah. Dahinya pantas berkerut bila terdengar satu suara feminin yang amatlah asing pada deria pendengarannya. Vierra tidak beritahu pula yang wanita itu akan menyambut seorang tetamu pada hari ini... Aduh, rasa gelisah dirinya kini! Patutkah dia turun sahaja ke tingkat bawah atau berpatah balik ke biliknya?
Akibat terleka, kakinya yang tidak stabil menukar haluan pada anak tangga menyebabkan dirinya tersilap langkah. Secara refleks, tangannya berpaut kemas pada susur tangga, menyokong tubuh daripada jatuh tergolek bagaikan nangka busuk. Pun begitu, ibu jari kaki yang entah bagaimana boleh terlipat membuatkan dia automatik mengadu sakit. "Aww!"
"Ellia!"
Vierra yang mendengar suara Ellia lekas-lekas pergi ke kawasan tangga. Melihatkan keadaan Ellia yang sudah terduduk di atas anak tangga, dia bersegera mendapatkan gadis itu. "Oh gosh, kamu okey tak ni?"
Ellia mengangguk kecil sambil tangan sibuk mengurut-urut ibu jari kakinya. Dihadapkan dengan wajah Vierra yang begitu ketara geram padanya, dia jelas bahawa sebentar lagi wanita itu akan mula berleter. Maka, bilamana Vierra memulakan sesi bebelannya, dia dengan pasrah hanya menadah telinga sahaja.
"Mari pergi ke tingkat bawah... Biar saya papah kamu," ujar Vierra pada akhirnya.
Sambil dipapah oleh wanita itu, Ellia kemudian tiba ke tingkat bawah dengan selamat. Seorang gadis mengukirkan senyuman yang cukup manis ke arahnya, membuatkan dia tidak boleh tidak tersenyum kembali. Kenyataan bahawa senyuman balas Ellia kepada gadis itu bukanlah dibuat-buat sedikit mengejutkan dirinya sendiri. Dia bukanlah seseorang yang cepat mesra dengan orang lain, namun sekiranya dia menyukai vibe orang yang ditemuinya, dia pasti akan menjadi ramah. Walaupun begitu, dia biasanya cuma akan menilai vibe melalui gaya cakap seseorang. Namun bagi gadis di hadapannya ini... Baru sekadar melemparkan senyum, tetapi Ellia sudah cukup berkenan dengannya. Aneh!
Seolah dapat membaca niat tersirat dalam hati Ellia dan tetamunya itu, Vierra langsung bersuara. "Oh ya, kamu berdua belum kenal lagi, kan? Apa kata kamu kenal-kenal dulu? Saya nak pergi sediakan breakfast untuk kamu berdua dekat dapur. So, you girls have your time, okay?"
Selepas wanita itu berlalu ke ruangan dapur, gadis tadi menghampiri Ellia bersama seulas senyum. Tangan dihulur, ingin berjabat sebagai tanda perkenalan. "Selamat berkenalan, aku CA."
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...