𝟬𝟳𝟴 ‣ 𝘿𝙚𝙖𝙧 𝙐𝙣𝙞𝙫𝙚𝙧𝙨𝙚

5 2 0
                                    

KEJUARAAN IGCC untuk perlawanan team dan solo players telah pun selesai kedua-duanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEJUARAAN IGCC untuk perlawanan team dan solo players telah pun selesai kedua-duanya. Bagi perlawanan team, ia berakhir lebih kurang seminggu yang lepas sementara bagi perlawanan solo players pula, ia berakhir semalam.

Masthrope, iaitu kumpulan J menjadi juara keseluruhan bagi perlawanan team manakala perlawanan solo players dijuarai oleh seorang player pendatang baharu dengan character ID Rival. Player tersebut sempat dikhabarkan berpotensi menggantikan kedudukan CL sebagai PK of VRS. Tetapi, dia tidak memberikan sebarang respons kepada hal itu.

Keadaan semasa hati Ellia jadi berkabut dek dua identiti itu, yakni Masthrope dan Rival. Berkenaan Masthrope, dia tidak puas hati dengan mereka kerana masih teringat akan apa yang J telah perbuat ke atas Crowner. Tentang Rival pula, Ellia sejujurnya cuma tidak setuju dengan pendapat orang ramai mengenai isu menggantikan posisi CL sebagai PK of VRS itu. Hatinya sulit menerima yang CL akan diturunkan takhta daripada bergelar King utama dalam VRS. Sumpah dia enggan mendengar hal itu!

VRS Special Notice

Dear Siea, we are very sorry for not being able to have you as the participant for the normal Solo Battle. But currently, you may have another opportunity to join IGCC if you are interested.

The PQ Qualification Match will start on Monday, 24th February 2020.

We sincerely wish you can be an official participant in IGCC if you are willing to join the match.

Lastly, stay safe, stay active, and stay bright, Siea! ꨄ

Hampir-hampir sahaja secangkir teh suam ada di tangan Ellia terlepas daripada pegangan kala dia menerima notis tersebut. Nasib baiklah tindak balas tubuhnya tangkas sehingga dia berjaya menegah cangkir itu daripada jatuh ke lantai!

"Kus semangat!"

Meletakkan cangkirnya ke tengah meja, Ellia lalu mengurut-urut dada. Hesy, mahu gugur jantungnya dek bunyi notis daripada komputernya itu!

Tetapi tidak kira bagaimanapun, tiada orang lain yang patut disalahkan atas kelantangan bunyi komputer tersebut selain dirinya sendiri. Yalah, dia yang menetapkan bunyi komputer itu pada aras yang tinggi gara-gara ingin mengalihkan pendengaran daripada usikan para rakannya semalam. Padanlah muka dia bila padah menimpa diri!

Setelah bertenang, Ellia terus memeriksa kalendarnya, ingin menghitung jumlah hari yang tinggal sebelum PQ Qualification Match itu bermula. Hari ini tanggal 17 Februari, maknanya... Hanya tinggal seminggu lagi?

Tidak semena-mena, rasa resah menggugat tenangnya. Sempatkah dia memperhalusi lagi semua skillnya dalam masa seminggu? Dapatkah dia melayakkan diri ke pusingan perlawanan rasmi IGCC nanti? Dan mampukah dia mencapai target yang dia sendiri telah tetapkan buat dirinya sebelum ini?

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now