PERGELUTAN antara Ellia dengan Kylie berakhir apabila Ellia menjatuhkan gadis itu ke atas lantai. Ellia melempar pisau lipat Kylie sejauh mungkin, enggan melibatkan senjata itu dalam pergelutan mereka.
Kylie mengerang kesakitan. Kala ini, dia sudah tertiarap di atas lantai dengan tangannya dikunci oleh Ellia. Ternyata dia salah menilai gadis berketurunan Lawrence dan Jennings yang dikatakan tidak berkebolehan dalam apa-apa itu. Baru dia ketahui kini, Ellia sebenarnya sangat mahir dalam seni mempertahankan diri. Buktinya, dia langsung tidak dapat melepaskan diri daripada Ellia sekarang. "You learnt martial arts?"
"Yeah," jawab Ellia dengan ringkas. Dia memang sudah menguasai banyak jenis seni mempertahankan diri selama ini. Bukannya apa, dia cuma mahu memastikan keselamatannya kekal terjamin walaupun tanpa guards. Misalnya, dalam situasi yang dia hadapi tadi... Mana sempat dia mahu memohon pertolongan daripada guards. Andai sahaja dia tidak tahu seni mempertahankan diri, pasti sudah lama dia cedera dek pisau lipat Kylie itu!
"Guards!" Dis bersuara lantang sambil mengunci kemas kedua-dua belah tangan Kylie, tidak mahu gadis itu terlepas.
Guards yang sedari tadi berada di luar terkocoh-kocoh masuk ke dalam rumah itu sebaik mendengar panggilan Ellia. Membuntang besar mata mereka tika melihat keadaan Ellia dengan Kylie. "Cik El─"
Ellia meniup anak rambutnya yang menutupi mata ke atas. "Tunggu apa lagi tu? Tolonglah saya tahan dia ni..."
"Err, ba-baik, cik..."
Kylie langsung ditahan oleh guards tadi. Ellia pula pergi mendapatkan pisau lipat gadis itu yang sebelum ini dilemparnya.
"You've made an─ No, actually three attempts to kill me. So now, say, should I spare your life or not?" Nada Ellia terdengar begitu dingin.
Kecut perut guards dan Kylie yang mendengar. Maklumlah, mereka tidak pernah melihat sisi Ellia yang sebegitu... Ellia yang mereka kenal sikapnya lemah-lembut, ramah dan murah dengan senyuman. Amat berbeza dengan sosok Ellia yang berada di hadapan mereka ini.
"Aku takkan bagi kau maklumat yang kau nak," balas Kylie dengan tegas.
"Obviously you won't... Sebab kau sayang sangat dengan mother kau tu, kan?"
"Of course, she's the queen of my life! Queen yang tak─"
"Yang tak layak diketahui namanya oleh sesiapa, heh?" Ellia memotong laju ucapan Kylie itu. "But, do you really know what her name is? I mean, uh... What if you actually don't, then how can you call her your mother? And a queen? Kalau dia queen, kenapa kau kena hidup susah? You should live a luxurious life, inside a grand palace. Wake up, Kylie... She might not be who you thought she is."
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...