𝟬𝟯𝟰 ‣ 𝘿𝙧𝙤𝙥𝙥𝙞𝙣𝙜 𝙖𝙣𝙙 𝙏𝙖𝙠𝙞𝙣𝙜 𝙊𝙛𝙛 𝙏𝙝𝙚 𝙈𝙖𝙨𝙠

13 1 0
                                    

HUJAN turun mencurah-curah ke bumi, membuatkan Ellia yang berada di luar rumah kini basah kuyup

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HUJAN turun mencurah-curah ke bumi, membuatkan Ellia yang berada di luar rumah kini basah kuyup. Dia menikmati setiap titisan air hujan yang menyentuh kulitnya sambil mendepakan tangannya. Dalam hujan itu juga, tangisannya dilepaskan kala mengingat pemberitahuan yang diterimanya ketika dia ingin menghantar message lagi kepada CL sebentar tadi.

"This account has been deactivated and banned for a while due to private matters."

Bagaimana dia mahu berhubung dengan CL lagi selepas ini?

Sumpah ini semua tidak adil!

Ellia menghamparkan kesedihannya di bawah hujan kerana dia merasakan hujan itu penenang yang terbaik pada masa-masa begini. Dan ini bukan kali pertama dia menangis bertemankan hujan sebagai selimut air matanya. Selama ini, dia sudah sering menjadikan hujan benteng pertahanan semula jadinya ketika dia terluka.

The rain drops shelter her tears too well, it hides away the sadness that burden her heart and mind from everyone. That's why crying in the rain becomes her habit, it's her official wall of nature.

Pernah dahulu, ketika Grandma Sapphire mengatakan bahawa wanita itu kecewa pada dirinya, dia menangis di dalam hujan selama hampir sejam. Sejak dari awal, Grandma Sapphire telah meletakkan terlalu banyak harapan ke atas dirinya. Dia sudah katakan, dia bukan seseorang yang multitalented. Dia bahkan tidak tahu apa kelebihannya pada waktu itu tetapi dia tidak membahas tentang perkara tersebut dengan Grandma Sapphire. Kerana saat dia mula memahami bahasa manusia, dia telah seringkali diberitahu bahawa semua yang berdarah Jennings terlahir berbakat. Begitu juga dengan mereka yang berdarah Lawrence. Sebab itulah, dia tidak mengatakan apa-apa. Semuanya kerana dia risau akan penerimaan ahli keluarganya.

Hendak dijadikan cerita, semasa itu, dia baru berumur lapan tahun. Namun begitu, dia sudah dilibatkan dengan pelbagai jenis kelas. Antaranya termasuklah kelas seni tari, menyanyi, melukis, mereka cipta, berpuisi, sukan dan kemahiran lainnya. Sayangnya, dari berbelas-belas kelas itu, dia cuma mampu menjadi topper dalam kelas melukis sahaja.

Tentu sekali, itu sesuatu yang jatuh di tahap paling bawah jangkaan Grandma Sapphire. Wanita itu amat kecewa dan mengungkapkan rasa kesalnya terhadap Ellia. Di hadapan para sepupu dan adik-beradiknya, Ellia diherdik hebat. Tidak terfikir sedikit pun wanita tersebut yang setiap bait bicaranya bakal menoreh hati gadis kecil itu.

Ellia tidak menangis pada waktu itu. Benar, dia hanya menelan semuanya meskipun terasa pahit dan menyesakkan hatinya. Air matanya cuma tumpah apabila langit dengan sukacita mengirimkan hujan ke atas tanah negeri Vorche ini.

Selang beberapa minggu selepas itu, hujan sekali lagi menjadi pelindung dukanya tika Grandpa Blake menarik gelarannya sebagai Honored Granddaughter. Oleh kerana satu kesalahan yang dia telah lakukan dalam majlis para pewaris muda keluarga millionaire, gelaran itu disingkirkan daripada dirinya. Mengikut Grandpa Blake, one small mistake can ruin the whole thing. Maka, dia tidak layak memegang gelaran Honored Granddaughter lagi. Gelaran itu kemudiannya dimiliki oleh Airika selaku cucu kedua dalam keluarga Lawrence.

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now