𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 gugup menyaluti hati Ellia setelah dia memutuskan untuk menyertai Solo Battle beberapa minit yang lalu. Kali ini, dia bermain sendirian tanpa mengkhabarkan CL. Bukan apa, tetapi dia mahu belajar berdikari. CL seringkali melindunginya dalam arena battle, menjamin keselamatannya apabila ada musuh menyerang. Bagaimana dia boleh melatih kemahiran defensenya sekiranya hal itu berlanjutan? Dia tahu CL berniat baik. Lelaki itu sekadar ingin memberikan dia perlindungan. Namun demikian, Ellia berasa seolah-olah dia mula terbiasa bergantung kepada jaminan keselamatan CL. Andai dibiarkan dirinya terus-menerus mengharapkan perlindungan daripada CL, memang sampai ke sudah kemahirannya akan kekal pada tahapnya kini. Dia tidak mahu perkara itu berlaku!
"CL cakap, aku akan menjadi sasaran pihak VGC selepas battle hari tu. Maknanya, dalam battle ni... Diaorang mesti akan hantar wakil untuk attack aku. Kalau tak nak kalah dengan mudah, aku tak boleh guna karakter Umeko aje. Mulai sekarang, aku kena berlatih menggunakan setiap karakter yang ada dalam game ni. This time, I want to use Talula," gumamnya sendirian.
Talula merupakan salah satu daripada barisan karakter posisi Knight yang mana semua serangannya bercirikan air. Penampilannya kelihatan lebih kurang sama dengan Silvermist, si pari-pari air dalam kartun Disney Tinkerbell. Apa yang berbeza cumalah bentuk wajah, warna serta gaya rambut mereka. Warna rambut Silvermist berwarna biru gelap, warna rambut Talula pula biru cerah. Dari segi gaya rambut, rambut Talula diikat tocang sementara rambut Silvermist pula terurai.
Tanpa teragak-agak, Ellia mengubah warna rambut Talula menjadi putih kebiru-biruan. Gaun yang Talula pakai dia biarkan labuh ke paras buku lali. Kemudian, dia memadankan gaun tidak berlengan itu dengan mantel biru muda yang terdapat simbol air.
Setelah berpuas hati, barulah dia memasuki arena Solo Battle. Jumlah players yang menyertai Solo Battle itu hanyalah tinggal seramai 750 orang termasuk dirinya. Mengetepikan rasa gugupnya, Aelice maju ke hadapan. Nasibnya agak baik kerana tidak berada di lokasi yang terlalu dekat dengan mana-mana player lain. Jika dilihat pada peta, kedudukan musuh-musuhnya boleh dikira jauh daripada dirinya. Namun demikian, Ellia tidak ingin bersikap cuai. CL sudah pernah memberitahunya tentang trick di mana seseorang player itu menggunakan Invisible power untuk melaksanakan serangan hendap. Invisible power biasanya bertahan untuk tiga minit. Selama tiga minit power itu diaktifkan, player tersebut tidak akan dapat dikesan di dalam peta walaupun dia sebenarnya berada berdekatan. Ini memberikan kelebihan kepada player itu agar boleh melakukan killing dengan mudah. Dirty play? Ya, itulah panggilan untuk trick jenis ini!
Aelice mengelak pantas apabila beberapa biji bebola kelabu dilontarkan ke arahnya. Aksi kotor yang telah dia duga semenjak dari tadi! Dia menyerang balas menggunakan bebola air, salah satu serangan khusus karakter Talula. Sebaik bebola air itu dilontarkan ke arah beberapa semak-samun di sisi kanannya, server VRS terus bersuara.
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...