SUDAH hampir tiga hari berlalu semenjak CL discharge dari hospital. Ellia kini berada dalam fasa 'no mood'. Dia hanya memaparkan reaksi ceria yang palsu sahaja pada wajahnya. Bahkan, hadiah daripada CL masih belum dilihatnya, dan dia juga tidak lagi bermain game VRS.
Isn't it weird how someone that you haven't known for a long time can leave such ke Perancis. Jadi, dia sudah mampu menerima perkara itu. Lagi pula, mereka berdua pada dasarnya belum mempunyai ikatan istimewa yang mengharuskan CL memberitahukan segala hal kepada dirinya.
Ellia hanya sedikit menyesal atas tindakannya yang berlengah-lengah untuk menemui CL di hospital itu selama ini. Apatah lagi, setelah dia mendapat tahu kenyataan bahawa CL sebelumnya ditempatkan di wad yang bersebelahan dengan dirinya. Jarak mereka cukup dekat, namun tidak pernah bersemuka dengan satu sama lain. Mungkin CL pernah melihatnya, memerhatikan dia dari wad sebelah. Namun, dirinya? Ellia sama sekali tidak pernah melihat CL! Hal inilah yang membuatkan dia menyesal. Mengapalah dia tidak memohon pertolongan Vierra untuk mempertemukan mereka berdua sebelum ini? Sekarang, saat kesempatan itu lenyap, dia seolah kehilangan semangatnya.
Beg kertas yang mengandungi hadiah CL diambilnya dari dalam laci. Dia melepaskan keluhan perlahan lalu mengeluarkan kotak hitam berhiaskan reben putih yang terdapat dalam beg kertas tersebut. Usai merungkaikan ikatan reben, barulah dia membuka kotak itu. Ellia langsung sahaja terpana melihat hadiah CL. Seutas gelang tangan dengan charm burung phoenix?
Surat yang diletak rapi di dalam kotak tersebut kemudiannya dicapai dan dibaca oleh Ellia.
Okay, seriously... Aku tak reti nak tulis surat. So, whatever I write on this letter... Mungkin agak cringey. Hmm... Alright, the first thing I want to say is... I'm sorry. Aku tahu kau akan terasa sebab aku tak ucap selamat tinggal kepada kau sebelum... Well, you know, leaving you. Sofie, aku tahu kita tak ada apa-apa special tag with each other, dan fakta ni mungkin akan buatkan kau rasa diri kau tak penting untuk aku... But I've said it before, you are important to me. Okay, I hear some bells ringing already. Sebelum jadi makin cringey, I better stop there~
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Roman pour Adolescents❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...