𝟬𝟰𝟮 ‣ 𝙎𝙩𝙞𝙡𝙡 𝙖 𝙁𝙞𝙜𝙝𝙩𝙚𝙧

14 2 0
                                    

TATAPAN yang diberikan kepada dirinya sedari beberapa minit lepas membuatkan Ellia berasa janggal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TATAPAN yang diberikan kepada dirinya sedari beberapa minit lepas membuatkan Ellia berasa janggal. Tidak sangka pula dia salah menduga bahawa L telah melihat isi komputer mini VRSnya itu. Yalah, dia mana ada menggunakan password untuk mengunci komputer tersebut... Dan kalau ada sekalipun, L mahir bab-bab menggodam. Jadi, dia sangkakan adiknya itu sudah memeriksa semua maklumatnya di dalam komputer tersebut. Namun ternyata, L amat menghormati privasinya sehinggakan langsung tidak melihat-lihat isi komputernya itu.

Jenuh memikirkan bagaimana dia harus memulakan bicara, akhirnya Ellia berdehem kecil sebelum bersuara.

"Erm, jujurlah... Aku tak tahu macam mana aku patut explain... So, I'll just begin my explanation. Macam yang aku dah cakap tadi, CL yang kenalkan aku kepada VRS. At first, I simply played the game for fun... Aku tak pernah terfikir pun nak join Rank Mode. Like really, aku just main dan berlatih aje dalam Testing Mode. Sampailah satu hari tu... CL tiba-tiba tanya aku sama ada aku nak cuba main Rank Mode atau tak. Dan bermula daripada satu pertanyaan dia tu, aku pun terus start join battle. He carried me a lot during the earlier battles, and he also had taught me on how to adapt to different kind of battling styles. And the rest, well... Korang pun tahu agaknya..."

"Why didn't you tell me?" soal Sun dengan muka yang dibuat-buat sedih, merajuk.

"Exactly, I feel betrayed, sis..." L menghela nafasnya berat.

"Okey... You two, I just started to play VRS without imagining my future on the game. Jadi, bila kakak mula serius dengan VRS dan makin aktif ambil bahagian dalam Rank Mode... Kakak rasa insecure if anyone find out about it. Kakak lebih suka berahsia, lagipun kakak newbie aje. There's nothing much to be proud of." Perlahan sahaja suara Ellia bertutur.

"Just newbie? Baru kemunculan pertama aje, kakak dah jadi topik hangat dalam VRS Timeline. That's something to be proud of," kata L, jelas tidak bersetuju dengan pandangan Ellia soal dirinya itu.

"True. Belum sampai pun setahun kakak main VRS, kakak dah dapat your first solo victory tanpa perlu kena carry in the arena. That's such a rare achievement and you've done it greatly!" Sun menambah dengan nada yang kuat, ingin Ellia sedar bahawa pencapaian kakaknya itu dalam VRS bukanlah lagi sesuatu yang boleh dikatakan 'biasa'.

Vierra tiba-tiba menyentuh bahu Ellia, membuat gadis itu terangkat kepala memandangnya. "You really nailed it, sweetie. Saya tak patut ragu dengan CL awal-awal dulu. He really have guided you well on this game. Gee, he's just a real King... He even picked his own Queen."

"Doc, what are you talking about? Doc ni mengarutlah..."

Rasa panas membahang sahaja wajah Ellia disebabkan ucapan Vierra yang terang-terangan ingin mengusiknya itu. Haih, sudahlah seluruh anggota Crowner mendengar sekarang ini!

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now