𝟬𝟭𝟴 ‣ 𝘽𝙚𝙖𝙪𝙩𝙞𝙛𝙪𝙡 𝘾𝙤𝙣𝙣𝙚𝙘𝙩𝙞𝙤𝙣

8 1 0
                                    

MEMANDANG tujuh orang yang sedang berdiri membelakanginya saat ini, termasuklah L dan Sun, Ellia kelu dan statik di posisinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MEMANDANG tujuh orang yang sedang berdiri membelakanginya saat ini, termasuklah L dan Sun, Ellia kelu dan statik di posisinya. Bukannya dia tidak mahu bersuara, namun dia masih lagi dikuasai perasaan takjub. Matanya tertuju lama ke bahagian belakang jaket yang mereka bertujuh pakai. Pada bahagian belakang jaket mereka, tertera perkataan 'CRWN' serta character ID masing-masing, iaitu CRWN_Cream, CRWN_Fade, CRWN_Bond, CRWN_Freddie, CRWN_Lérose, CRWN_Boom, dan CRWN_Yumi.

"Err... Korang tak nak duduk ke?" soal Ellia setelah berjaya meraih semula ketenangan jiwanya.

Mereka bertujuh berpaling ke arahnya secara serentak. Sun berdehem kecil. "Kakak tak nak tanya apa-apa?"

"Sure I do, tapi kakak rasa kita kena duduk dulu. Kaki korang pun mesti dah lenguh..."

"Oh, erm... Then, let's sit down first."

Usai mereka semua duduk, L pula yang berdehem membetulkan suaranya. "Kakak... Diaorang berlima ni ialah ahli team Crowner yang lain."

Entah mengapa suasana yang menyelubungi mereka masih mengeluarkan aura janggal... Ellia langsung menghela nafasnya. "Okey, this has to stop. Kenapa rasa awkward sangat ni?"

Sun menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal manakala L mengusap-usap tengkuknya. Lima orang sahabat mereka pula senyap tidak berkutik.

"Erm... Ka-Kau kakak L dengan Sun?" Pertanyaan itu tiba-tiba diajukan oleh seorang gadis berambut coklat cerah. Sebutannya kedengaran sedikit pelat pada pendengaran Ellia.

"Yes, I am their sister. Aku Sofie Gracellia, Ellia for short. And you?" Ellia membalas dengan seulas senyuman nipis pada wajahnya.

"I'm Hirawa Yuki, just call me Yuki."

"Erm... Nama aku Alexis Mae, kau boleh panggil aku Alex."

"Aku pula Lotus Hope. People usually call me Flower or Hope, tapi... Aku tak kesah pun kalau kau nak panggil aku dengan nama lain."

Beberapa saat selepas si gadis berambut coklat cerah itu menjawab pertanyaan Ellia, seorang gadis berambut hitam pekat separas leher dan seorang gadis berambut putih kecoklatan pula membuat pengenalan diri mereka.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now