𝟬𝟵𝟭 ‣ 𝙏𝙝𝙚 𝘼𝙛𝙩𝙚𝙧 𝙤𝙛 𝙩𝙝𝙚 𝘽𝙖𝙩𝙩𝙡𝙚

6 2 0
                                    

PERASAAN senang yang menjengah ke laman dada tiba-tiba terusik tatkala Ellia teringat semula akan deal yang telah dipersetujuinya dengan CL sebelum ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PERASAAN senang yang menjengah ke laman dada tiba-tiba terusik tatkala Ellia teringat semula akan deal yang telah dipersetujuinya dengan CL sebelum ini. Deal itu... Bagaimana mereka patut meneruskannya sekarang ini?

"About our deal, memandangkan kita seri... Jadi, kita berdua patutnya ada hak yang sama rata."

Tidak perlu pun dia menyoal, jawapan langsung sahaja dihidangkan oleh CL. Musykil dia... Agak-agak ada kemungkinan tak yang CL itu mempunyai kebolehan telepati? Bukan apa, dia cuma rasa macam CL cepat sahaja mengetahui apa yang bermain dalam fikiran orang lain.

"Then, CL... Saya nak awak datang ke perlawanan rasmi nanti untuk tengok saya main."

Tanpa bertele-tele, Ellia lantas mengumumkan keinginan hatinya. Jelas betul apa yang dia cuba lakukan, bukan?

CL menghela nafas perlahan. Jika dia perlu jujur, maka dia akan mengatakan yang dia tidak rasa terkejut langsung dengan permintaan Ellia itu. Malah sebenarnya, dia sudah bersedia dengan sebarang permintaan Ellia yang akan membuat dirinya berada dalam keadaan sulit. Tidak hairanlah Ellia bersungguh-sungguh melawan dirinya ketika dalam arena Duel tadi... Nyatanya, ada hasrat yang ingin dia realisasikan.

"Okey. Aku akan datang, tapi hanya pada finale nanti, dan aku yang akan tetapkan macam mana penampilan aku bila aku datang masa tu."

Ellia terpegun. Keningnya hampir bercantum mendengar balasan CL itu. Tunggu... Ini tidak seperti yang dia bayangkan. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, suara CL terdengar lagi.

"Making your wish can only be once. Kau tak tetapkan syarat yang lebih spesifik untuk battle kita tadi, Sofie. Hence, you ain't having another moment of making a wish. So now, will you take it or leave it?"

Geram, Ellia mengetap giginya dengan penuh rasa tidak puas hati. Hei! Kenapa situasinya saat ini seperti senjata makan tuan? Bukan sepatutnya dia dapat kelebihan ke? Jadi, kenapa dia seolah lebih merasakan kehilangan daripada mendapatkan sesuatu?

"Take. It." Dua patah kata itu ditekan berat olehnya.

"Alright, then that's it. Sekarang, dah masanya untuk korang semua berehat... Terutamanya kau, lady. Kau ada appointment penting esok, jadi kau mesti dapat rehat yang cukup. Kepada korang semua, Rel, princess, Crowner dan... Empire, sorry sebab baru mention korang, tapi aku tak familiar sangat with you guys... Anyway, aku harap korang semua jaga diri baik-baik dan I wish you all many many good days ahead."

Ringan sahaja intonasi CL memberikan ucapan itu. Tidak berlebihan, dan tidak juga terlalu singkat. Hanya sekadar cukup belaka.

Empire yang akhirnya dimention terpaku sejenak waktu. Mereka bukannya sedang bermimpi, kan? CL, PK of VRS yang sangat dihormati itu memang ada mention mereka tadi... Betul tak?

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now