MENJELANG tengah hari, barulah kelibat semua orang muncul di dapur. Ellia yang asyik termenung terus memanggungkan kepala, melihat gelagat mereka semua satu demi satu.
"Err... Morning?" sapanya dengan nada teragak-agak. Waktu sudah tengah hari, tetapi mereka baru sahaja terjaga. Jadi, sapaannya boleh dikira masuk akal juga, bukan?
"Morning," balas Alex, CA, Dan, Eli, Hope, L, Sun dan Yuki senada.
"Awalnya kakak bangun... Tak tidur ke?" soal L dengan dahi yang berkerut.
Ellia menjongketkan alisnya. "Awal? Are you for real, Blaine Allen? Sedar tak yang beberapa minit lagi dah nak pukul 1.00 petang? Atau sebenarnya, L masih mamai?"
L menggaru-garu pipinya, tidak tahu mahu membalas apa. Smartwatch yang melingkari pergelangan tangannya kemudian disentuh. Memang betul, sekarang sudah pukul 12.53 tengah hari!
Ellia menggeleng-gelengkan kepalanya menyaksikan kerenah mereka semua yang jelas masih dalam fasa 'morning blue'.
"Since korang semua dah bangun, then go have your breakfast. Aku dah panaskan semula semua lauk-pauk termasuk nasi dan sup yang Aunty Celeste sediakan pagi tadi. And once you're finished, come to the living room. Aku nak discuss something."
Usai berkata sedemikian, dia meninggalkan kawasan dapur. Membiarkan lapan orang insan yang ada di situ terkebil-kebil dengan pemberitahuannya. Masing-masing memandang sesama sendiri sebelum akhirnya semua sibuk mengangkat bahu dek tidak tahu apa yang Ellia mahu bincangkan.
Mereka lantas bergerak secara teratur untuk mengambil makanan. Tidak ada seorang pun yang gelojoh ingin cepat-cepat mengisi pinggan disebabkan tidak mahu berlaku sesi perlanggaran antara mereka. Takut nanti ada pula tayangan perdana krisis dapur yang disiarkan pada waktu tengah hari begini!
•◦✦────•◦ᘡᘞ •◦────✦◦•
Sebelum memulakan bicaranya, Ellia terbatuk-batuk kecil. Batuknya bukan sebab sakit, tetapi untuk mendapatkan perhatian semua orang. Kala perhatian mereka semua teralih kepadanya seperti yang dia inginkan, barulah dia mulai membuka bicara.
"Aku tahu... Yang isu CL adalah sensitif untuk kita semua. Tapi, aku kena juga discuss something about his issue. Sebelum ni, Sun pernah bagitahu aku yang manager korang pernah tertinggal rekod pinjaman wang yang dibuat oleh CL dengan pihak management. Was this the reason why korang fikir CL khianati Crowner?"
Sedaya upaya Ellia melunakkan suaranya, tidak ingin ucapannya itu terdengar kasar. Yalah... Topik sensitif, kalau dibahas dengan nada keras, pasti ada yang makan hati dalam diam. Sebolehnya dia ingin mengelak sebaik mungkin daripada menyebabkan sebarang pergolakan dalam hubungan mereka.
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...