BERDIRI bersebelahan dengan keadaan belakang masing-masing disokong oleh palang besi, Airika dan Ellia larut merenung ruang kosong. Kedua-duanya senyap sahaja sedangkan terdapat banyak perkara yang bermain dalam minda mereka.
"Ellia..." Airika mematikan kesunyian antara mereka selepas menentukan topik yang ingin dibicarakannya dengan Ellia.
"Hmm?"
Dia tersenyum mendengar sahutan ringkas Ellia itu. Dahulu, setiap kali dia memanggil nama Ellia, Ellia cuma akan menunduk sebagai tanda hormat dan kemudian berlalu melewatinya. Tetapi sekarang, Ellia akan sentiasa menyahut panggilannya dengan santai dan ramah. Hal itu membuatkan hatinya sangat senang. Ianya menunjukkan bahawa hubungan antara dia dengan sepupunya itu kini sudah semakin membaik.
"How do you define a home?"
Ellia diam sebentar sebelum memulakan bicaranya. "Well, it's a place where you live with your family. Itulah definisi umum untuk 'home'. But for me, it doesn't have to be your blood family... Sometimes, kawan-kawan yang kau dah anggap sebagai keluarga pun dah memadai untuk membentuk sebuah 'home'. Because honestly, home is a place that gives you a sense of security, warmth, love and comfort. And all these things are affordable with the presence of bestfriends."
Airika menghela nafas perlahan. "Tapi, tak kiralah seberapa bermakna pun kawan-kawan yang kita miliki... The value of our family is still on another level, isn't it?"
"Erm... For most people, yes. Tapi, ada juga sesetengah orang yang anggap kawan diaorang tu jauh lebih bermakna daripada keluarga diaorang... There are plenty of reasons why. Well, frankly speaking, semua orang ada pendapat tersendiri... Jadi, aku takkan komen apa-apa pasal isu ni."
Apabila Airika menyepikan diri, Ellia mula dapat memahami konflik yang gadis itu alami. Walau masih agak samar-samar, tetapi rasanya, dia boleh menduga apa yang membebani fikiran Airika sekarang ini.
"Airika... Do you feel like you're losing your home?"
Airika tersentak dengan soalan yang diutarakan kepadanya itu. Tanpa sedar, tangannya menggenggam erat palang besi yang menjadi tempat sandaran belakangnya.
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...