𝟬𝟳𝟲 ‣ 𝙂𝙧𝙚𝙖𝙩 𝘽𝙡𝙚𝙨𝙨𝙞𝙣𝙜 𝙞𝙨 𝙖 𝙏𝙧𝙪𝙚 𝙁𝙧𝙞𝙚𝙣𝙙𝙨𝙝𝙞𝙥

10 2 0
                                    

ORANG kata, cakap memang mudah, buatnya itu yang susah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ORANG kata, cakap memang mudah, buatnya itu yang susah. Itulah kenyataan yang Ellia harus telan ketika ini. Tetapi untuk menyesal selepas mengajukan suatu deal yang begitu serius, sungguh itu bukan cara seorang Sofie Gracellia. Maka, satu-satunya pilihan yang tinggal kini adalah mencurahkan usahanya sehabis baik yang dia mampu untuk mencapai target deal tersebut.

"Sampai bila kau nak tenung TV tu, Grace oiii? Jangan bagitahu aku yang kau dah menyesal sekarang ni..."

Ellia yang asyik dalam lamunannya terkebil-kebil mendengar bicara Airika itu. Kala pandangan dialihkan ke sisi, kelihatan CA, Crowner dan Empire tengah memandangnya.

"Err... Aku bukan menyesal. Aku cuma berfikir aje..."

"Fikir apa? Fikir macam mana nak mengalah?" duga Airika dengan mata yang mengecil.

"Weh, tak ada maknanya aku nak fikir pasal tu!" bantah Ellia, tidak puas hati dengan andaian tersebut. Apa Airika fikir semangat juangnya itu senipis kulit bawang ke?

"Habis tu, kau fikir apa? Nampak macam terlebih stres aje aku tengok..." CA menyilangkan tangannya ke dada. Raut serius lalu dipamerkan.

"It's like this... Hari tu, aku ada ikut perkembangan semasa calon-calon PQ of VRS. Aku nampaklah berapa ramai calon yang ada... And their achievements semuanya level pro. Aku... Cuma rasa macam... Haih... Macam mana aku nak cakap ni?"

"Rasa macam kau tak layak nak lawan diaorang?" Alex menjongket keningnya.

Lambat-lambat Ellia menganggukkan kepalanya. Memang itulah apa yang dia rasa sekarang ini. Rasa tidak layak hendak menyertai perlawanan untuk menjadi PQ of VRS itu.

Hope kemudiannya mendapatkan Ellia yang sedang duduk di sofa. Usai duduk di sisi gadis itu, bahu Ellia dirangkulnya lembut.

"Ellia, listen... Humble tu memang salah satu sifat yang mulia, tapi untuk merendahkan diri kau sampai ke tahap yang kau ragu dengan diri sendiri... That's a toxic kind of humbleness."

"Betul, betul, betul! Kau kenalah notice kelebihan diri kau, dan percaya dengan kebolehan yang kau ada. Ellia, sonomama no kimi ga subarashī. (Ellia, you are amazing just the way you are.)" Bersungguh-sungguh Yuki bersuara.

"Kau adalah Siea... Girl player yang berjaya menggemparkan komuniti VRS selepas aje kemunculan pertama kau. Kalau itu tak hebat, then I wouldn't know how else do people define the word 'great," ujar Zaire, tersenyum menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

" True, kau seorang gamer yang hebat. You're no ordinary gamer, Ellia. Itu satu fakta yang kau kena tahu," kata Ingrid pula. Jelas tergambar keseriusan gadis itu melalui ekspresi wajahnya.

"And you see, Ellia... Kau dilatih sendiri oleh CL yang merupakan King utama dalam VRS. That dude is not someone yang orang panggil biasa-biasa. I believe you know this. Jadi, kalau kau tak boleh percayakan diri kau, percayalah dekat CL." Laksana seorang pujangga, Dan mengangkat tangannya dengan penuh dramatik dan emosi.

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now