RENTAK jantung Ellia berubah cepat bila mata mama dan papanya tertuju tepat kepada dirinya. Dia melepaskan keluhan di dalam hati. Hesy! Awal tadi dia sudah memasang niat mahu menyampaikan segalanya kepada Blair dan Sienna, tetapi bila waktunya sudah tiba saat ini, darah gemuruhnya datang pula.
"We're waiting, Sofie Gracellia."
Ellia menggaru pipinya. Wajah Blair lalu dipandang sambil meneguk liur. "Pa..."
"Ya?"
"Papa marah ke? Atau kecewa? Mama pula macam mana?"
Blair dan Sienna saling memandang sesama sendiri bila mendengar pertanyaan daripada Ellia itu. Raut wajah tanpa perasaan kemudian dipasangkan.
"Ellia rasa macam mana?" duga Sienna.
"Okey... Ellia tahu, mungkin mama dengan papa pun tak berapa berkenan yang Ellia jadi gamer. Tapi, Ellia... Ellia betul-betul sukakan VRS."
Pengakuan itu lahir tulus dari hati Ellia dengan harapan Blair dan Sienna akan merestui keinginannya dalam menjadi gamer. Kalau dia berkeras, sudah pastilah dia boleh menjadi gamer. Akan tetapi, tanpa restu daripada kedua orang tuanya, mana mungkin dia boleh menuntun langkah dengan lancar dalam dunia gaming. Restu mereka itu rahmat baginya, dan akan menguatkan lagi semangat dalam jiwanya. Maka, Ellia sangat mengharapkan restu daripada mereka.
"Sejak bila kamu mula main game tu? Siapa yang introduced it to you?"
Ellia tidak dapat membaca fikiran Sienna kala soalan itu dilemparkan. Jadi, dia memilih untuk jujur sahaja.
"I don't remember the date, tapi Ellia mula main game VRS selepas Ellia kemalangan tahun lalu... Erm, Ellia diperkenalkan kepada game tu oleh adik CA. Nama dia CL. Well, indirectly introduced by him..."
"Mama dengar, dia tu ex-Leader team adik-adik kamu. Was he good to you?"
"Hah? Ya, of course he was good to me."
"Kamu sukakan dia?" Blair menyerkap jarang secara mengejut.
"Suk─ Huh? Ah... Err..."
Salah tingkah Ellia dibuatnya! Dia menundukkan kepala dengan muka yang membahang menahan malu. Aduh! Mana dia mahu letak muka dia sekarang ini?
"Ohhhhhh... I see. Jadi, puteri sulung papa ni dah jadi admirer someone eh?"
"Papa!"
Blair tergelak besar. Tidak pernah-pernah lagi dia melihat reaksi Ellia yang seperti ini. Biasanya kalau diusik pun, Ellia cuma akan memasang riak cemberut atau memberikan serangan balas. Namun sekarang ini, Ellia malah bersikap malu-malu kucing dan tidak dapat membalas usikan Blair dengan bicaranya yang petah itu. Memang sahlah puterinya ini sudah terkena panahan Dewa Cinta!
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...