TARIK nafas, tahan, hembus... Tarik nafas, tahan, hembus... Itu sahajalah yang Ellia lakukan sejak entah berapa minit yang lalu. Bahagian dada yang terasa dipalu kencang diusap-usapnya perlahan, cuba meredakan perasaan cemas yang secara mendadak menyapa.
Menghairankan, bukan? Dia sudah banyak kali menyertai battles dalam VRS, tetapi hatinya masih sulit bertenang apabila ingin menghadapi sebarang battle. Setiap fasa persediaan sebelum memasuki arena battle, lagaknya sentiasa seperti dia baru pertama kali mengambil bahagian dalam perkara itu. Padahal, tempoh dia melibatkan diri dalam VRS sudah lebih daripada cukup untuk dia mampu membiasakan diri dengan apa-apa sahaja situasi battles dalam game itu.
"Sofie Gracellia, ni baru Qualification Match kut... Kau sendiri yang kata kau akan pergi pusingan akhir, so what's up with all this shaky chills?"
Selepas menyampaikan teguran itu buat dirinya sendiri, Ellia memejamkan matanya sebelum perlahan-lahan membayangkan dirinya kini berada di suatu ruang kosong yang sepi. Fikirannya dia kosongkan dengan bantuan ilusi akalnya itu.
'Just let everything fade... Let yourself be free, and just focus on what you're going to do. Don't overthink, just go with the flow.'
Usai menghembus nafasnya perlahan, beban yang tadinya terasa membukit di bahu beransur-ansur bertukar ringan. Seulas senyum penuh kelegaan lalu terlukis pada wajahnya.
"Hati dah tenang, sekarang mari masuk arena..."
Lancar sahaja jari-jemari Ellia mengetik papan kekunci dan mengklik tetikus. Skrin komputer yang biasanya terus memperlihatkan arena pertempuran kini dihiasi satu papan notis yang menunjukkan countdown sebelum waktu pertempuran bermula.
Ellia membuat sedikit regangan tangan sambil matanya sesekali melirik skrin komputer, memberi tumpuan penuh terhadap countdown yang sedang berjalan.
"PQ Qualification Match, begin!"
Terdengar sahaja suara server yang menandakan PQ Qualification Match itu sudah bermula, dia pantas menggerakkan karakter Aelice untuk mencari tempat persembunyian terlebih dahulu. Satu strategi yang secara jelasnya tidak sebati, malah janggal dengan jiwa Ellia... Namun begitu, dia tetap menggunakan strategi bersembunyi ini dengan tujuan yang tersendiri.
Ellia cukup sedar akan kenyataan yang cara dia mengendalikan Aelice sebelum ini sebenarnya tidak cukup baik. Strateginya selama ini kebiasaannya cumalah maju dan menyerang. Dia hanya melakukan analisisnya ketika menyerang players lain. Sebetulnya, inilah yang pada pemikirannya, menjejaskan prestasi Aelice semasa menyertai battle, iaitu kelambatannya mengenalpasti kelebihan dan kelemahan pihak lawan.
Oleh itu, setelah mempertimbangkan pelbagai benda, strategi maju dan menyerang yang biasa dia gunakan sebelumnya dia ubah kepada strategi memerhati sebelum menyerang.
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Novela Juvenil❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...