SELIMUT kapas bersaiz kecil Ellia lilitkan pada tubuh Airika sementara sepupunya itu begitu asyik merenung langit malam. Risau dia kalau-kalau Airika masuk angin!
"Haih... Kenapalah kau suruh aku yang stay untuk jaga kau?"
Airika memalingkan wajahnya ke sisi. Senyum senget terlukis pada wajahnya yang kini jauh lebih berseri berbanding pagi tadi itu.
"Kenapa? Meluat eh nak jaga orang sakit?"
"Eee, mulut kau ni, kan!" Ellia bercekak pinggang. "Bukan macam tu lah... Weh! Kau tak nampak ke macam mana daddy kau dengan Claude pandang aku sebelum ni? Takkan kau tak sedar yang diaorang berharap kau akan pilih diaorang untuk jaga kau di sini?"
Terkenang kembali detik cemas Ellia sebelum kepulangan Brendan dan Claude tadi, terus terburai gelak Airika.
Ellia menayang muka pasrah. "Lawak sangat ke bagi kau?"
"Sorry... Tapi, aku terhibur tengok kau bersikap macam tu. Ah, err, have a good rest, uncle... Claude, kau pun sama juga... Err, ha... Ha... Ha... Erm, I... I... Pffttt!"
Tertawa lagi Airika selepas mengajuk gaya percakapan Ellia sebelum ini. Tiada rasa bersalah langsung yang singgah di hatinya waima dia merupakan punca utama mengapa Ellia berbicara dengan cara sedemikian.
"Ehem, okey... Serious talk now. Grace, sorry kalau tu buat kau rasa tak selesa. Tapi, aku minta kau yang jaga aku malam ni sebab aku masih nak bincangkan sesuatu dengan kau... Of course, it's something yang aku tak boleh nak simply discuss dengan sesiapa aje selagi aku belum pasti."
Kening Ellia naik sedikit. Bila Airika berubah daripada seseorang yang gelak tidak ingat dunia kepada seseorang yang serius dalam sekelip mata seperti ini, dia tahu benar bahawa Airika sungguh-sungguh mahu bercakap pasal suatu hal serius.
"Apa dia benda yang kau nak discuss tu?"
"Erm, macam ni... Sebelum aku kena kurung oleh Si Kylie tu, aku sebenarnya berada di rumah lama aku. Kau ingat rumah tu, kan?"
Ellia menganggukkan kepalanya. "How weird... Habis tu, macam mana pula─ Erm, alright, continue."
Cepat-cepat Ellia mengurung niatnya untuk bertanyakan soalan itu kala tersedar itulah yang akan Airika jelaskan sebentar lagi. Dilihatnya Airika tersenyum nipis saat dia memutuskan agar tidak menghabiskan soalan tersebut.
"Aku perasan yang dekat area tu, cuma ada satu kenderaan lain aje selain kereta aku. And it was a black motorcycle without its rider... Mulanya, aku tak adalah curiga atau risau dengan motosikal tu since I thought daddy would be in the villa... Dan mungkin juga, penunggang motosikal tu cuma buat lawatan atau tersesat aje dekat kawasan tu. Tapi bila aku sedar yang daddy tak ada di situ, aku pun mula risau. Yalah, kawasan tu kawasan terpencil kut... Macam tak logik pula kalau orang nak buat lawatan atau sesat sampai boleh masuk situ sedangkan jalan ke kawasan tu bukannya jalan yang orang akan jumpa dengan mudah. Just when I was about to get in the car again, tiba-tiba aje kepala aku kena pukul. Masa aku sedar semula, aku dah ada di apartmen Kylie... This was really out of my expectation. But this wasn't something yang aku langsung tak boleh terimalah... Sebab sejujurnya, aku dah rasa pelik masa daddy chat aku dan suruh aku datang ke rumah tu. Like he never seemed to have the intention of going back there before... So to have him asking me to go there, it's really so not him."
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...