BAMM!
Terperanjat bukan kepalang semua orang di Room 001 itu apabila Sun menghentakkan tangannya ke atas meja secara mendadak. Tidak pasal-pasal, mereka semua mengurut dada masing-masing dek rasa terkejut yang amat.
"Sun, kau dah kenapa hentak meja tiba-tiba ni?" Yuki menghela nafasnya perlahan. Mahu marah pun macam tidak larat sahaja dia rasa! Bukannya apa, tapi sekarang ini masa periodnya, jadi rasa lemas dia memang lain macam.
"Sorry, sorry... Tapi, aku baru teringat sesuatu." Berseri-seri wajah Sun seolah dia baru sahaja menemukan sesuatu yang sangat berharga.
"Sesuatu? Apa dia tu?" Rel yang kaki penasaran segera bertanya, tertarik dengan penemuan Sun.
"Pasal Jeanette yang kakak call tadi tu... Aku rasa dia tu Jeanette Lee."
Airika yang sedang minum ketika itu langsung menyembur keluar air di dalam mulutnya. "Oh my God, sorry... Aku tak sengaja weh..."
"No, it's fine... I'm good..."
Ingrid menggeleng rakus, tanda bahawa dia okey. Sejujurnya, walaupun dia bernasib malang kerana duduk berhadapan dengan Airika, tetapi dia masih boleh dikira beruntung kerana posisi duduknya tidaklah begitu tepat di hadapan gadis itu. Semuanya disebabkan sofa yang dia tempati secara solo ini luas... Jadi, dia duduk menghadap Airika dengan posisi duduknya ke kanan sedikit daripada posisi duduk gadis itu. Hasilnya, dia hanya terkena sedikit percikan semburan air yang keluar dari mulut Airika itu sahaja.
Kotak berisi tisu yang kemudian dihulurkan oleh Airika disambut lalu beberapa helaian tisu dikeluarkan. Percikan air yang mencemari bahagian bawah bajunya dikesat dengan beberapa helaian tisu tersebut. Dalam diam, lega juga Ingrid kerana tidak menjadi mangsa semburan air Airika sepenuhnya. Yalah, siapa yang suka sangat mahu bersusah-susah tukar baju, kan?
"Jeanette Lee, investor terkenal tu, kan?" duga Airika.
Sun mengangguk umpama burung belatuk. "Yep... She's the one. Tapi itulah, Sun rasa pelik... If betullah dia orangnya, macam mana pula kakak boleh kenal dia?"
"Kakak kenal dia sebab dia pernah beli lukisan kakak."
Jawapan yang tiba-tiba kedengaran itu membuatkan semua mata pantas tertumpu ke arah Ellia yang baru sahaja memasuki kembali Room 001.
"It's really her?" CA memandang Ellia dengan penuh rasa tidak percaya.
"Erm... It's really her."
"Wow... You sure got something under your sleeve, don't you?" Eli bertepuk tangan beberapa kali, menunjukkan penghargaan kepada Ellia.
Jika ditanyakan pada Eli, sudah semestinya dia kenal siapa gerangan Jeanette Lee yang menjadi sebutan mereka itu. Ini disebabkan keluarga Eli mengusahakan satu syarikat pelaburan yang cukup ternama, dan mempunyai banyak anak syarikat di negara-negara lain. Menurut papanya, Jeanette Lee merupakan rakan bisnes keluarga mereka.
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...