𝟬𝟬𝟴 ‣ 𝙏𝙤 𝙅𝙪𝙙𝙜𝙚 𝙖𝙣𝙙 𝙏𝙤 𝙐𝙣𝙙𝙚𝙧𝙨𝙩𝙖𝙣𝙙

18 1 0
                                    

SETIAP message daripada CL yang diterimanya Ellia baca dengan perlahan dan penuh tertib

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETIAP message daripada CL yang diterimanya Ellia baca dengan perlahan dan penuh tertib. Dia cuba memahami apa yang berlaku ketika itu melalui sudut pandangan CL. Selesai membaca semua messages tersebut, akhirnya Ellia menyimpulkan satu kenyataan berdasarkan analisis yang dia lakukan.

CL telah dianiayai.

Pendapat Ellia adalah meskipun CL mabuk pada malam itu, tidak ada sebarang kepastian sama ada dia benar-benar membocorkan strategi team Crowner kepada pihak lawan. Ya, memang biasanya orang mabuk akan mengatakan apa-apa sahaja kepada orang lain. Akan tetapi, perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut mereka cenderung kedengaran berbelit atau tidak jelas. Lagi pula, jika mengikut logik, bagaimana mungkin seseorang yang mabuk boleh menjelaskan strategi yang panjang berjela dengan begitu teratur?

Masuk akal jika seseorang itu mempunyai alcohol tolerance yang tinggi atau masih memiliki kesedaran untuk menjelaskan suatu strategi kepada orang lain. Namun berdasarkan penjelasan CL, Ellia percaya CL sudah mabuk sepenuhnya sehinggakan dia tidak dapat mengingati apa-apa yang berlaku sewaktu dia mabuk saat itu. Dan gambar yang menunjukkan dia duduk berdua dengan Leader Platinum ketika itu pula... Sungguhpun bukan gambar edit, tetapi apa sahaja yang boleh dibuktikan melalui gambar itu?

"It's just a picture. Sekeping gambar yang langsung tak dapat keluarkan suara. Macam mana diaorang boleh jatuhkan kesalahan ke atas CL bilamana diaorang tak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam gambar tu?" gumam Ellia dengan nada kesal.

Setiap andaian yang Ellia buat saat ini adalah berasaskan 90 peratus logik dan 10 peratus teori. Disebabkan dia juga tiada bukti yang mampu mengesahkan kesahihan teorinya, dia hanya dapat bergantung kepada pemikiran secara logik sahaja. Jika menurut intuisinya pula, Ellia merasakan bahawa terdapat suatu komplot tersembunyi yang tenggelam di bawah permukaan dasar isu CL dengan team Crowner itu.

"If only ada saksi mata yang boleh bagi keterangan, then apa yang berlaku masa tu dapat dijelaskan."

Berkenaan soalan CL yang mempersoalkan sama ada Ellia merasakan dirinya mementingkan diri sendiri atau tidak, dia cuba mewajarkan keputusan CL berdasarkan rasionalisasi. "Mungkin agak selfish sebab dia tinggalkan team Crowner. Tapi, kalau aku pun... Aku rasa, aku akan buat benda yang sama. A real team symbolizes unity. Itulah faktanya... Begitu juga dengan family. Family is also a team. Dan aku... Aku pun berundur setiap kali ada perbincangan keluarga. So, am I also selfish?"

You know, we all can connect to each other because in fact, we do have a lot of similarities. But, we tend to miss this and think others don't know what we feel. Say, what if we open our eyes and see how the dots connected between us, creating an unbreakable line?

Tidak pasti bagaimana harus dia menjawab pertanyaan itu, akhirnya Ellia tidak mengirim sebarang balasan kepada CL. "It's funny how his question ended up questioning me too," tuturnya rendah.

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now