SUASANA sunyi lagikan kelam di bilik Ellia sebaik waktu malam menjelma. Namun demikian, sang empunya bilik itu masih lagi khusyuk dengan pemikirannya tanpa sedar cepatnya masa berlalu.
"The truth is... Aku takkan join perlawanan PQ tu... Dan team kitorang dah tarik diri from participating in IGCC. Tapi, kau tak perlulah nak rasa bersalah ataupun sedih. Aku─ Maksud aku, kitorang okey. In the upcoming years, we believe that we'll have another chance to enter IGCC. So, don't feel bad for us. Oh ya! Kalau kau betul-betul jadi Queen nanti dan kau rasa it's not valid sebab aku tak join perlawanan PQ ni, mari buat Duel. We'll see who the original Queen is then, okay? Grace, cheer up! We'll be watching you after this, and kitorang akan sokong kau habis-habisan. Jadi, kau mesti buat yang terbaik. Aku bukan nak memaksa, bukan juga nak bagi tekanan... But, aku tahu kau pun tahu apa yang kau patut buat. Therefore, go break a leg, alright?"
"Mama dengan papa dah berbincang... Dan kami sepakat nak Ellia fokus dengan satu benda aje sekarang ni. Sweetie, just concentrate on VRS. Don't think about your study anymore. Mama tak nak Ellia tertekan sebab multi-tasking. Jadi, mama dah minta sekolah berhentikan Ellia. I know, sweetie... Ellia mesti sanggup untuk susahkan diri sendiri. Tapi, mama tak sanggup... I can't bear to watch you suffer because of trying to excel in everything. Mama tak nak Ellia sakit, cukuplah selama ni kamu bertahan dengan tekanan... I... I really can't see you do that ever again. Kali ni, I'm freeing you from that pressuring cage, sweetie. So, fly as high as you can. Mama trust you with all my heart. Remember, my blessings and my prayers are with you all the time even when mama tak ada bersama dengan Ellia."
"Papa pun tak nak Ellia rasa tertekan sebab fokus dalam banyak benda. Listen, kalau Ellia rasa risau pasal apa pandangan orang lain bila Ellia nak bekerja di syarikat nanti, here's a thing you should know. Our company tak hire pekerja based on diaorang punya academics background semata-mata. And in case you didn't notice, most of the workers are honestly well-trained in working at the company despite the fact that they're not really great academists. Diaorang semua jadi pekerja yang baik sebab nilai-nilai yang ada dalam diri diaorang. Integriti, kesungguhan dan kekuatan mental, itulah yang buatkan diaorang get hired. Therefore, don't you ever worry about the opinions of others about your academics background. Just grow well, sweetie... Strengthen your mentality, and embrace whatever things coming to you bravely. Papa tahu, papa takkan salah menilai anak papa ni... Your genius is on another level, it's a level that only a few people can reach. Sebab tu, papa tak teragak-agak nak bersetuju dengan keputusan mama untuk minta pihak sekolah berhentikan Ellia. Chase after your dream, sweetie. Get the official spot that you desired in VRS, okay?"
Pesanan Airika, Sienna dan Blair itu melakukan repetisi dalam benak Ellia beberapa kali. Disusuli dengan pesanan adik-adik dan semua rakannya, hati yang tersalut rasa bimbang mula terasa ringan.
They all have hopes on her, so she shall never let them down.
Ellia sangat yakin mereka semua akan tetap setia menyokongnya walaupun dia tidak berjaya mencapai targetnya. Akan tetapi, kerana sokongan mereka itulah, dia sangat menginginkan kejayaan. Dia enggan membiarkan sokongan tegar mereka itu cuma dibalasnya dengan pencapaian yang biasa-biasa belaka. Maka, dia membaja benih keazaman dalam sukmanya agar memberikan hasil yang terbaik buat mereka.
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...