UNKNOWN
Aku dah bagi kau warning
sebelum ni... Tapi, kau
yang tak nak dengar.
━━ 09:40Dengar sini, Ellia. Aku
masih berlembut
lagi dengan kau
sekarang ni. Berhenti
bermain VRS before
kau makin menyesal
tak dengar amaran
aku.
━━ 09:41Just for your information,
kalau kau tetap nak
berdegil juga... It's fine,
but be ready to face the
consequences. Well, who
knows? Manalah tahu if
you could only learn
daripada pengalaman
yang terburuk. Aku tak
kesah nak buat benda
yang lebih teruk.
━━ 09:42MERAH menyala mata Ellia membaca chats yang dikirim kepadanya itu. Tangannya dikepal erat membentuk penumbuk. Sungguh dia tidak mengerti! Mengapa individu ini sangat tidak menginginkan dirinya bermain VRS? Apa motifnya? Tidak mungkinlah kerana individu ini takut kalah kepadanya, bukan? Masih ramai players di luar sana yang jauh lebih handal dan berpengalaman berbanding dirinya, jadi tidak mungkin itu adalah sebabnya. Kerana andai itulah alasannya, pemikiran individu ini pada dasarnya terlalu cetek. Apa dia fikir dengan mengurangkan Ellia daripada senarai pesaingnya, dia akan dapat menang mudah menentang para pesaing lainnya? That would be an extremely foolish opinion!
Just what do you want, huh?
Apa yang kau nak daripada
aku? Tak mungkinlah kau
rasa takut akan kalah dengan
aku, kan? So, why? Why do
you keep giving me threats?
━━ 09:43Ellia akhirnya mengalah. Dia tidak lagi boleh terus berdiam dengan individu yang mengugut dirinya ini. Dia perlu tahu apa sebenarnya yang individu ini mahukan daripada dirinya.
Takut akan kalah dengan kau?
No, honey... That's not it. Aku
cuma tak nak tengok kau
berjaya, tu aje... Aku benci
dengan seseorang yang sejak
dari lahir hidup senang macam
kau, membesar dalam keluarga
yang mewah dan sentiasa
bersinar di mata orang lain. Apa
hebatnya orang kaya macam
kau? Kau bukannya ada result
yang cemerlang... Athletic pun
tak... Jadi, kenapa pula orang
macam kau jauh lebih berharga
di hadapan semua orang? Sebab
STATUS, yes of course! Itulah
alasannya. Dan aku benci! Aku
benci dengan kau, aku benci
dengan semua orang kaya yang
macam kau! And all your cousins,
their rotten attitudes are killing
me! Korang semua tak hebat
langsung! Sebab tu, aku tak nak
tengok korang berjaya!
━━ 09:45
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...