SEPERTI tahun-tahun sebelumnya, cuaca pada penggal terakhir bulan November ini dingin sungguh. Jika tidak hujan, anginlah yang menjadi pengganti. Dan dalam beberapa hari lagi, mengikut ramalan cuaca, salji akan mula melitupi permukaan jalanan di negara Cavville.
Memikirkan hal ini, automatik Ellia memeluk tubuhnya. Sejuk semacam rasanya! Nafas dihela lembut lalu duduknya dilabuhkan di atas tempat duduk berdekatan tingkap biliknya.
Sehari yang lalu, Ellia akhirnya pulang ke rumahnya setelah seminggu setengah menghuni rumah Vierra. Alasannya? Dia rasa serba salah untuk tinggal di sana selepas mengetahui yang Seth akan pulang dari Australia hari ini.
Seth dan Vierra pasti ingin meluangkan waktu bersama setelah beberapa lama tidak bersua muka. Jika Ellia di sana, bukankah dia akan menyandang posisi third wheel? Walaupun pasangan itu tidak pernah menganggap dirinya pengganggu, tetapi dia harusnya ada kesedaran kendiri. Maka konklusinya, dia perlu pulang semula ke rumahnya.
Secara kebetulan, mama dan papanya tidak ada di rumah untuk tempoh seminggu ini kerana menguruskan cawangan baru di Brazil. Jadi, Ellia tidak teragak-agak langsung untuk pulang.
Kalau mama dan papanya ada di rumah, berkemungkinan besar dia akan memilih untuk tinggal di tempat lain. Bukannya apa, namun dia masih berasa janggal untuk berhadapan dengan kedua-dua mama dan papanya selepas kejadian perjumpaan keluarga mereka tempoh hari. Janggal sebab apa? Ellia pun sukar mahu menjelaskan perasaannya sendiri. Apa yang dia tahu, dia rasa janggal.
Apa-apapun, Ellia enggan mengusutkan kepalanya dengan memikirkan rasa janggalnya itu. Dia lebih memilih untuk risau tentang penilaian akademik akhir tahun yang baru dia selesaikan secara online baru-baru ini. Bagaimana agaknya keputusan yang akan dia terima nanti? Mengingat fakta yang dia hanya menghadiri sesi tutoring dengan para tutornya dan menerima tunjuk ajar daripada adik-adiknya melalui medium komunikasi dalam talian, hatinya terasa sendat. Ini merupakan julung-julung kalinya dia belajar dengan cara sebegini, jadi wajarlah andai dia katakan dia risau dengan hasilnya, bukan?
"Nak risau apa? Kau memang tak pernah lulus pun selama ni, kan? Pfft, macamlah ini kali pertama kau akan gagal dalam assessment... Sofie Gracellia, don't even dare to think that you have a chance on getting a pass. 'cause clearly, you only deserve to be a failure."
Matanya terpejam rapat tatkala suara negatif itu bergema dalam benaknya. Tangannya terlihat menggeletar sementara wajahnya mula memucat.
"Stop it, I'm not a failure."
"Oh, really? If you're not a failure, then why don't you tell the whole family that you're now a gamer? Why are you afraid, huh? Sofie Gracellia, wake up. Everything is still the same for you. Nothing will ever change."
Ellia menggeleng rakus sambil tangannya yang menggeletar naik memegang kepala. "Berhenti... Tolonglah... Just why won't you just leave me alone?"
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...