𝟬𝟲𝟰 ‣ 𝙈𝙖𝙮𝙗𝙚 𝙒𝙚 𝘾𝙤𝙪𝙡𝙙 𝙉𝙚𝙫𝙚𝙧 𝘽𝙚 𝙁𝙧𝙞𝙚𝙣𝙙𝙨

13 2 0
                                    

UNKNOWN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

UNKNOWN

Solana Airika, kau tak rasa
takut ke dengan your new
challenger? That Siea, dia
mungkin akan mencuri
takhta Queen yang patut
jadi milik kau...
━━ 15:55

BUKA sahaja WhatsApp, chat daripada nombor tidak dikenali itu terus mencuri perhatian Airika. Pelipisnya berkerut nipis. Siapa pula stranger yang menchat dirinya ini? Mengapa seperti cuba melaga-lagakan dia dengan player yang menggunakan profile name Siea itu?

Malas ingin membuang waktu untuk menebak siapa stranger itu, langsung sahaja Airika menyekat mombor tersebut.

Tergeleng-geleng kecil kepala Airika. Apa yang stranger itu fikirkan tentang dirinya? Dia cukup berfikiran terbuka, okey?

Pada hakikatnya, Airika tidak ada masalah dengan kedatangan pencabar baharu. Kalau pencabar itu lebih berkebolehan daripada dirinya, jadi wajarlah pencabar tersebut menjadi Queen. Dia bukannya obses dengan gelaran Queen itu... Padanya, jika dia berkemampuan, maka title itu boleh dimilikinya. Tetapi jika tidak, lalu dia akan membiarkan sahaja title tersebut dimiliki oleh seseorang yang jauh lebih berkelayakan.

Tengah elok melabur waktu dengan aplikasi Instagram, dia dikejutkan oleh satu notifikasi chat masuk dalam bentuk media daripada aplikasi Telegram. Dek rasa ingin tahu yang berbuah dalam dirinya, dia lekas membuka chat tersebut untuk mengetahui isinya.

Dalam masa dua detik, mata Airika membulat besar selepas memeriksa chat itu. Dan tanpa sempat dia cegah, telefonnya menggelongsor jatuh begitu sahaja daripada pegangan tangannya. Tidak pasal-pasal, kus semangat dia disebabkan kejatuhan telefonnya itu!

Pun begitu, usai mengetahui telefon tersebut mendarat dengan selamat di atas kusyen, dia menghembus nafas lega. Fuh, nasib baik kusyen itu terbiar di atas lantai, selamat telefon dia!

Namun selepas terimbas semula apa yang baru dilihatnya tadi, Airika jadi tidak senang duduk semula. Tangannya turun mencapai telefon yang sedang dalam posisi bertiarap di atas kusyen bersebelahan kakinya itu.

Chat tambahan yang baru masuk daripada pengirim media tadi dicernanya dengan sebaik mungkin. Sekali lagi, Airika dilanda rasa terkejut. Tetapi kali ini, telefonnya itu digenggam erat bagaikan ingin dia hancurkan. Dia mengancing giginya, geram.

"Dia ni nak apa sebenarnya?"

•◦✦────•◦ᘡᘞ •◦────✦◦•

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now