𝟬𝟲𝟱 ‣ 𝙋𝙝𝙞𝙡𝙤𝙨𝙤𝙥𝙝𝙮 𝙤𝙛 𝙍𝙚𝙜𝙧𝙚𝙩

15 2 0
                                    

AiRilakkuma

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AiRilakkuma

Ellia, tolonglah dengar cakap
aku. Sebelum kau menyesal,
tolong berhenti bermain VRS.
━━ 21:35

TELEFON segera diletakkan semula ke meja setelah Ellia habis membaca chat daripada Airika itu. Tidak akan, dia tidak akan berhenti bermain VRS!

Dia sudah menjunjung tekad untuk terus bermain VRS tidak kira apa sekalipun di lubuk hatinya yang paling dalam. Jadi, dia akan pastikan tekadnya itu kekal teguh waima rintangan seperti apa datang membadai hidupnya.

Jauh di dasar hatinya, Ellia bukannya langsung tidak mengerti mengapa Airika mahu dia berhenti bermain VRS. Namun, dia mengharapkan agar Airika juga memahami dirinya. Mengerti yang dia tidak gentar akan keluarga mereka, dan dia juga berharap Airika akan menyokong keputusannya untuk terus melanjutkan kegiatan gamingnya.

Kenyataan yang Airika seolah tidak cuba memikirkan perasaannya dan berkeras mahu dia berhenti bermain VRS sedikit sebanyak melukai hatinya. Kerana nyatanya, Ellia sudah mulai menghargai Airika sebagai seorang sahabat yang baik.

Awalnya, dia fikir Airika akan memberikan dia sokongan andai identitinya sebagai Siea terdedah. Tetapi, sepupunya itu malah meminta supaya dia tidak meneruskan perjalanannya dalam VRS. Hatinya sungguh sakit dengan permintaan Airika itu!

Ellia kecewa, amat kecewa dek sikap Airika. Akan tetapi, pada masa yang sama, dia juga berat hati untuk membiarkan hubungan mereka berdua musnah cuma kerana hal ini.

Mereka bukan lagi anak-anak kecil yang tidak mampu berfikiran matang, maka seharusnya masalah yang mereka hadapi ini diselesaikan dengan cara yang lebih baik, bukan?

Putus kawan? Heh, itu cara budak-budak! Ellia tentunya akan berasa tercalar maruah jikalau dia melakukan hal tersebut.

Setelah membuat beberapa pertimbangan dalam mindanya, Ellia memutuskan untuk bertemu Airika di sekolah nanti. Mereka patut berbincang secara bersemuka dan menjernihkan semula masalah yang timbul ini. Takut nanti kalau dibiarkan, makin melarat pula sampaikan mereka langsung tidak mahu lagi bertegur di kemudian hari!

•◦✦────•◦ᘡᘞ •◦────✦◦•

Tok! Tok! Tok!

Airika yang leka menatap langit tidak memberikan perhatian langsung kepada gerangan yang mengetuk pintu kelasnya itu.

"Oh, Ellia... May I help you with anything?"

Namun demikian, sebaik mendengar nama yang disebut oleh Madam Eleonora itu, Airika langsung memutarkan kepalanya tepat menuju ke pintu kelas. Entah mahu disebut sebagai tindakan refleks ataupun apa, tetapi dia langsung berdiri tegak tanpa sempat dia mengawal dirinya.

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now