𝟬𝟱𝟭 ‣ 𝙀𝙡𝙡𝙞𝙖ʼ𝙨 𝘾𝙝𝙤𝙞𝙘𝙚 𝙤𝙛 𝙄𝙜𝙣𝙤𝙧𝙖𝙣𝙘𝙚

12 1 0
                                    

TEH suam yang Vanessa sediakan Ellia hirup sedikit untuk menenangkan hatinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TEH suam yang Vanessa sediakan Ellia hirup sedikit untuk menenangkan hatinya. Wajah Vanessa dipandangnya redup. Wanita itu kelihatan risau dengan keadaannya.

"Nanny, I'm sorry sebab tiba-tiba menjerit tadi... Ellia tak─"

Vanessa menggeleng perlahan. "Don't apologize for something like this. Siapa aje yang tak terkejut bila terima benda menjijikkan macam ni?"

Ellia melirik sekilas ke arah isi kotak yang Vanessa sebut 'menjijikkan' itu. Naik loya tekaknya dek pemandangan itu yang sememangnya layak dikatakan 'menjijikkan'!

Mana tidak menjijikkan apabila seluruh kotak itu dibanjiri dengan darah bangkai anak kucing berwarna hitam yang masih segar lagi! Ditambah pula dengan jantung anak kucing itu yang diletakkan di atas badan tidak bernyawanya yang baring terlentang pada kotak tersebut... Nampak jelas sekali bagaimana bahagian dadanya itu dalam keadaan terbelah, menandakan yang jantungnya dikeluarkan secara paksa. Sungguh kejam dan mengerikan!

Saat matanya tertancap pada satu kertas yang terselit di bahagian kepala anak kucing itu, mahu tidak mahu Ellia menggagahkan jua dirinya untuk mencapai kertas itu.

𝚂𝚝𝚘𝚙 𝚋𝚎𝚏𝚘𝚛𝚎 𝚢𝚘𝚞 𝚕𝚎𝚊𝚛𝚗 𝚘𝚏 𝚝𝚑𝚎 𝚠𝚘𝚛𝚍 '𝚛𝚎𝚐𝚛𝚎𝚝', 𝚂𝚘𝚏𝚒𝚎 𝙶𝚛𝚊𝚌𝚎𝚕𝚕𝚒𝚊. 𝙰 𝚙𝚕𝚊𝚌𝚎 𝚝𝚑𝚊𝚝 𝚢𝚘𝚞 𝚍𝚘𝚗'𝚝 𝚋𝚎𝚕𝚘𝚗𝚐 𝚝𝚘... 𝚈𝚘𝚞 𝚜𝚑𝚊𝚕𝚕 𝚗𝚎𝚟𝚎𝚛 𝚜𝚝𝚎𝚙 𝚒𝚗𝚜𝚒𝚍𝚎. 𝙸𝚗 𝚅𝚁𝚂, 𝚢𝚘𝚞 𝚋𝚎𝚝𝚝𝚎𝚛 𝚗𝚘𝚝 𝚍𝚛𝚊𝚠 𝚖𝚘𝚛𝚎 𝚊𝚝𝚝𝚎𝚗𝚝𝚒𝚘𝚗. 𝙴𝚕𝚜𝚎 𝚢𝚘𝚞 𝚖𝚒𝚐𝚑𝚝 𝚑𝚊𝚟𝚎 𝚝𝚘 𝚏𝚊𝚌𝚎 𝚜𝚘𝚖𝚎𝚝𝚑𝚒𝚗𝚐 𝚢𝚘𝚞 𝚠𝚘𝚞𝚕𝚍𝚗'𝚝 𝚕𝚒𝚔𝚎. 𝙹𝚞𝚜𝚝 𝚕𝚎𝚊𝚟𝚎 𝚝𝚑𝚊𝚝 𝚠𝚘𝚛𝚕𝚍, 𝚂𝚒𝚎𝚊. 𝚈𝚘𝚞 𝚍𝚘𝚗'𝚝 𝚋𝚎𝚕𝚘𝚗𝚐 𝚝𝚑𝚎𝚛𝚎.

Ellia mengetap giginya. Kotak ini... Adalah ugutan supaya dia berhenti bermain VRS? Tetapi, daripada siapa? Selain CA, CL, Crowner, Rel dan Vierra, siapa lagi yang tahu dia bermain VRS? 'Could it be her?' detik hatinya.

Sejenak kemudian, Ellia mengetepikan identiti yang satu itu. Tidak mungkin Airika orangnya! Walaupun mereka berdua tidak rapat, dia tetap tahu bagaimana perilaku Airika. Airika tidak mungkin mengirim ugutan murahan seperti ini... Lagi pula, kalaulah memang itu kebenarannya, apa motif Airika mengugutnya agar berhenti bermain VRS? Masakan mungkin Airika berasa tergugat dengannya!

"VRS? That game? Ellia, kamu main game tu ke?"

Terkejut beruk Ellia akibat bicara Vanessa yang tidak dijangkakannya itu. Terkebil-kebil matanya memandang Vanessa. Bagaimana Vanessa boleh tahu soal VRS?

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now