HARUMAN lavender yang semerbak menusuk deria baunya membangunkan Airika dari lenanya. Celik sahaja mata, ruangan serba putih menjadi latar pemandangan. Matahari yang sudah menjelma membolehkan matanya menangkap semua orang yang ada di dalam ruangan itu.
Tidak boleh tidak, dia menumpahkan air mata dek hatinya yang diketuk rasa terharu. Dia tidak bermimpi, bukan? Semua rakannya ada di sini, menemani dirinya dan tidak meninggalkan dia sendirian seperti hari itu.
Waima sedaya upaya dia cuba mengelak membunyikan tangisnya, pada akhirnya Airika tetap jua membangunkan Ellia yang tidur betul-betul di sisi katilnya.
"Aira..." Sedikit serak ton suara Ellia kedengaran.
"I'm sorry... I'm so sorry..."
"Shush... Hey, look at me... Aira, look here. Aku tak marahkan kaulah... Sikit pun tak. Jadi, tolong jangan minta maaf dekat aku."
Semakin berlagu kuat tangisan Airika sehinggakan rakan-rakannya yang lain turut terbangun. Dia sudah tidak peduli, sisi emosionalnya tidak mampu dia bendung lagi daripada meledak saat ini.
"Solana Airika, stop crying. Or else... Kau akan bangunkan semua penghuni hospital ni dengan tangisan kau yang dah serupa utusan syaitan pagi," ujar Ellia.
Terhenti terus tangisan Airika. Tercebik-cebik bibirnya ingin menyambung tangisan, tetapi ditahannya.
"Ma-Mana ada syaitan pagi... I mean, they exist but they don't like being active during the day."
Ellia mengangguk-anggukkan kepalanya. "Good. Nampaknya, otak kau tak terkesan langsung... Still working fast as usual. Apa-apa sekalipun, here... Drink this water."
Airika menyambut muk berisi air suam yang dihulurkan oleh Ellia kepadanya. Bahagian kepala katilnya yang Ellia naikkan menggunakan remote memudahkan dia untuk meneguk air dari muk tersebut. Terasa segar terus tekaknya!
"Ya, Cik Solana Airika? Ada pengakuan yang nak dibuat tak?"
Pertanyaan mengejut itu membuatkan Airika terkebil-kebil. Wajah Ellia dipandang sebelum kepalanya ditundukkan. Sejenak kemudian, keluhan kecil kedengaran daripada Ellia.
"Fine, kau tak nak cakap... Biar aku yang cakap."
Sama seperti Airika, Ellia juga minum dan membasahkan tekaknya. Dia lalu berdehem kecil.
"Listen, Aira... Over the years, we've been growing apart from each other. Padahal dulu... Kita bukannya tak pernah rapat. Did you remember? We were like real sisters, so close and supportive to one another. Sampailah kita mula membesar dan tak berjumpa satu sama lain... With the comparisons between us, we both couldn't adapt to each other anymore. It was too difficult for both of us... Dan aku tak rasa aku perlu ulas panjang-panjang pasal benda ni. Because you know what I know... Aku tahu, kita baru mula berbaik baru-baru ni. Tapi, nampaknya kau tak sedar langsung yang aku masih kenal siapa kau dan macam mana perangai kau walaupun kita dah lama tak rapat sangat."
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...