BUAT entah kali yang keberapa, Ellia melakukan beberapa posing lagi di hadapan cermin. Masuk kali ini, rasanya sudah lebih 10 kali dia mengganti pakaiannya. Entahlah apa yang tidak kena dengan hati gadis itu, dia asyik berfikir bahawa pakaiannya terlalu menonjol dan bergaya...
Tok! Tok! Tok!
"Ellia, kawan Ellia dah sampai tu."
Suara Vanessa menerobos masuk ke halwa pendengaran Ellia, membuatkan Ellia mengeluh perlahan. Janji pukul 9.30, tapi datang seawal pukul 9.15... Typical CA!
"Aku masih tak puas hatilah dengan penampilan aku ni..." Ellia menggerutu kecil.
"Ellia? Sweetie?"
Vanessa yang berdiri di depan pintu bilik Ellia itu mengerutkan dahinya. Apalah agaknya yang gadis muda itu buat di dalam biliknya? Dipanggil-panggil tidak menyahut? Itu sepertinya bukan ciri seorang Ellia yang dia kenal selama ini.
Selang seminit kemudian, akhirnya pintu bilik itu dibuka jua dari dalam. Wajah Ellia langsung hadir dalam bingkai pandangannya. Vanessa berpeluk tubuh dengan alis yang terjongket ke atas.
"Now, what's with that face you're making?"
Ellia menjuihkan bibirnya. "Nanny... I look too flashy, no? Ellia dah cari pakaian in my closet yang tak terlampau menonjol, tapi kebanyakannya dresses and trendy clothes. I think this one is the only outfit yang boleh dikategorikan sebagai kasual dan cuma bergaya sikit... And yet, I still feel like it's too flashy. I mean, look at─"
"Alright, enough." Vanessa mencantas percakapan Ellia yang sudah hampir seperti latihan untuk pertandingan tongue twister itu.
Matanya ligat meneliti pemakaian gadis itu dari atas hingga ke bawah, cuba mengesan sekiranya ada apa-apa yang tidak kena dengan pakaian tersebut. Namun tidak kira bagaimanapun dia lihat, pakaian itu langsung tidak menonjol di matanya. Pada dasarnya, pakaian itu sama sahaja seperti pakaian yang digayakan oleh orang-orang muda di tempat umum. Entah dari celah mana Ellia melihat ianya menonjol... Vanessa pun hilang kosa kata disebabkan sifat anxiousnya itu.
"Ellia, you're already looking very plain in this outfit. Cuba bertenang, okey? Ramai aje orang-orang dekat luar sana yang pakai pakaian macam ni... Kamu tak payahlah risau yang orang akan kenal kamu. Listen to me... The more you grow anxious, the more likely you're to reveal yourself. Jadi, tenangkan diri kamu. Now, follow my instruction. Breathe in, breathe out..."
Mendengar arahan Vanessa, Ellia mula menarik dan menghembus nafasnya. Dengan menyeragamkan kadar degupan jantungnya, dia berasa jauh lebih tenang. Nafas lega dihelanya.
"Thanks, nanny."
Ellia tersenyum nipis lalu mendakap tubuh Vanessa. Satu kucupan singkat dilabuhkan pada pipi wanita itu sebelum dia berpamitan pergi.
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...