MENGGELETAR hebat tubuh Ellia kini setelah menekan perkataan 'use' yang terpapar pada skrin komputer mininya. Ini kali pertama dia menggunakan tiket untuk menyertai Grand Event. Kononnya mahu beranikan diri, tetapi dia tetap jua berhati kecut... Haih, susah betullah!
"Please put in the design
for your character."Sebaik sebaris ayat itu muncul, Ellia terus menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Pertama kali memasuki bahagian Self-made Characters, dia sedikit janggal memahami bahagian itu. Buku lukisannya kemudian dikeluarkan dari dalam laci. Dia kerap melukis karakter-karakter 2D selama ini, jadi boleh dikatakan dia mempunyai banyak pilihan untuk dijadikan Self-made Characternya yang pertama. Setelah selesai memilih karakter 2D yang dia sukai, dia pantas menghubungkan telefonnya dengan komputer mini itu. Tidak sampai seminit, lukisan karakternya langsung berjaya dipindahkan ke dalam komputer tersebut.
Jari-jemarinya bekerja lincah menggayakan karakternya yang telah automatik 'hidup' seperti karakter sedia ada mengikut tetapan game VRS itu. Penuh rasa teruja hati Ellia bila terkenangkan kenyataan bahawa Aelice saat ini sudah mempunyai rupanya sendiri. Lukisan dan gaya yang dipilihnya dia tetapkan khas buat karakter Aelice. Karakter Aelice ditetapkan sebagai karakter posisi Ace, berambut merah pic dan digayakan bertocang sisi manakala pakaiannya pula bak gaun Elsa dalam kartun Frozen semasa menyanyikan lagu Let It Go. Pun begitu, gaun Aelice tidaklah selabuh mahupun seksi seperti gaun Elsa. Gaunnya hanya sampai ke paras buku lali tanpa potongan sisi dan mantelnya sekadar mencecah pinggang.
Seperti yang Ellia rancangkan sejak dari mula lagi, dia akan menghadiri Grand Event itu tanpa membongkar identitinya. Public Mic dia matikan sebaik memasuki arena Grand Event. Gaya battlenya yang terkini; No speaking, no identity, just battle.
"5... 4... 3... 2... 1...
Battle Starts!"Karakter Aelice digerakkan dengan tenang, berlegar-legar di kawasan tempat karakternya diletakkan. Lokasi Grand Event itu adalah Night Snow Town, salah satu lokasi beriklim sejuk sederhana. Ellia mengambil masa beberapa minit untuk memahami selok-belok lokasi itu. Ini merupakan kali pertama dia menyertai battle di lokasi tersebut, jadi dia agak canggung bagi mengadaptasikan diri dengan jalan-jalan yang ada. Sebenarnya, jika ini arena Solo Battle yang biasa, dia tidaklah canggung sangat. Akan tetapi, laluan-laluan untuk lokasi Grand Event biasanya jauh lebih rumit. Berbeza dengan lokasi Solo Battle biasa yang laluan-laluannya cukup mudah difahami.
Aelice pantas menyembunyikan diri di dalam semak apabila mengesan kehadiran sekumpulan players di tempat dia berada. Dia memerhatikan sahaja mereka berlawan, malas mahu mengambil bahagian. Yalah, tak pasal-pasal nanti, terus kena kill pula dia!
YOU ARE READING
𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑
Teen Fiction❝Every hurdle that comes my way, I will face it and get stronger.❞ ―𝐄𝐋𝐋𝐈𝐀 ★。+゚☆ ══════════════════ ☆゚+。★ Terlahir sebagai anak pasangan jutawan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lawrence dan Jennings yang cemerlang dari segi akadem...