𝟬𝟰𝟵 ‣ 𝘾𝙤𝙣𝙣𝙚𝙘𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙏𝙝𝙚 𝘿𝙤𝙩𝙨

11 1 0
                                    

MELONTAR pandangan ke luar tingkap kelasnya, Ellia kemudian menghela nafas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MELONTAR pandangan ke luar tingkap kelasnya, Ellia kemudian menghela nafas. Bagaikan mimpi rasanya bila dia kembali menginjakkan kakinya ke Sekolah Tinggi Gardenisté ini pada dua hari yang lalu!

Sekarang ini, bulan Januari 2020 telah tiba. Keputusan penilaian yang dijalankan tempoh hari itu pula telah pun didedahkan ketika hari pertama dia memasuki sekolah.

Keputusannya memang mengejutkan... Benar, ianya sesuatu yang mengejutkan bagi Ellia yang selama ini asyik gagal dalam peperiksaannya. Namun, entah mengapa... Hati Ellia tidaklah segembira yang dia jangkakan. Entahkan kerana dia sudah terlalu lali dengan keputusan 'GAGAL' atau perkataan 'LULUS' itu nyatanya sudah tidak mengandungi sebarang makna lagi kepada dirinya...

They said, something that one has longed for a very long time is sometimes no longer wanted or meant anything when it's finally within one's grasp.

Nampaknya, perkara itu bukanlah sesuatu yang palsu. Dahulu, Ellia sempat memikirkan tanggapan ini adalah salah. Yalah, untuk suatu perkara yang sangat dihajatkan, masakan mungkin seseorang tidak terasa apa-apa bila akhirnya hajat itu tercapai selepas sekian lama. Namun kini, memang seperti itulah kenyataannya. Ellia tidak lagi punya perasaan dengan status 'LULUS'nya itu.

Akan tetapi, orang di sekelilingnya sangat membanggakannya. Bahkan, ada yang terlebih 'teruja' sehinggakan melemparkan tuduhan bahawa dia berkemungkinan besar meniru dalam penilaian online tempoh hari. Pihak yang terlebih 'teruja' ini adalah tidak lain dan tidak bukan merupakan mereka yang status sosialnya sebanding dengan Ellia. Sebab itulah, mereka berani bersuara.

Selain itu, ada juga yang datang menemuinya dengan wajah manis dan memberi ucapan selamat kepadanya. Kepalsuan yang tidak mampu Ellia nafikan... Dia meluat dengan sikap mereka yang jelas-jelas cuma mahu disukai olehnya. Tentu sekali, hakikatnya mereka sekadar ingin meraih 'keuntungan' untuk diri masing-masing. Mungkin mereka mengira jika mereka memperlakukan dirinya dengan baik dan manis, Ellia akan menganggap mereka sebagai kawan.

Sayangnya, mereka alpa bagaimana mereka pernah menajiskan namanya secara diam-diam sebelum ini. Namun, tidak bagi Ellia. Dia bukan sosok pendendam, tetapi dia juga bukan sosok yang bakal melupakan sesuatu dengan begitu sahaja. Malahan, dia amat jarang melupakan sesuatu yang telah dikatakan kepada dirinya. Terutama sekali bicara yang pernah melukai hatinya.

So long as she heard, there's no doubt she would carve their words in her mind.

Maka, Ellia cuma mengucapkan terima kasih dan kemudian mencipta tembok halimunan yang hanya dia seorang tahu kewujudannya. Dia tidak perlukan pujian palsu, apa lagi sosok 'kawan mainan' dalam hidupnya.

Bila dihitung, sudah lebih empat bulan setengah dia tidak hadir ke sekolahnya ini. Sejak bulan September sehinggalah bulan Disember, sekali pun dia tidak pernah menghadirkan diri di situ. Dan kini, semua yang tika dulu terasa asing kian bertambah asing pada Ellia... Untuk masuk ke dalam kelasnya sendiri pun janggal semacam.

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now