𝟬𝟬𝟲 ‣ 𝙄𝙣 𝘿𝙤𝙪𝙗𝙩

17 1 0
                                    

JAUH Ellia membuang pandang ke luar tingkap kaca itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JAUH Ellia membuang pandang ke luar tingkap kaca itu. Cuaca pada pagi ini tidak begitu cerah. Awan mendung berkumpul pada dada langit, menyelimuti matahari daripada memancarkan cahayanya.

Ketika ini, Ellia langsung tidak tampil segar akibat berjaga pada malam semalam. Dia hanya sempat terlelap selama tiga jam, dari pukul 3.00 pagi hingga 6.00 pagi. Terbangun sahaja dari lenanya tepat pukul 6.00 pagi, dia sama sekali tidak berkeinginan untuk tidur lagi.

Mendengar pintu wadnya dibuka, Ellia lekas-lekas memakai kaca mata hitamnya. Terdapat dua alasan untuk perbuatannya itu. Pertama, dia ingin menyembunyikan matanya yang bengkak akibat menangis malam tadi. Dan kedua, dia juga ingin menyembunyikan kantung matanya yang begitu jelas kelihatan gara-gara tidak cukup tidur.

"Kakak," panggil L dan Sun secara serentak.

Mahu tidak mahu, Ellia berpaling juga memandang mereka. "Morning..."

Kerutan serta-merta terbentuk pada dahi L dan Sun. Tepat seperti yang Ellia jangkakan, mereka berdua terus mengajukan soalan yang sama. "Kenapa kakak pakai kaca mata hitam?"

"Kakak sakit mata, tak naklah korang terjangkit sekali," bohong Ellia.

"Oh... Kakak nak makan tak?" soal Sun yang percaya bulat-bulat terhadap pembohongan kakaknya.

Ellia menggeleng sahaja. Selera makannya sudah lenyap entah ke mana. Dahinya kemudian berkerut nipis tatkala melihat kedua-dua adiknya itu mengeluarkan komputer mini yang hampir sama seperti komputer mini miliknya. Bezanya, model komputer mini mereka kelihatan lebih canggih sedikit.

"Erm... L dengan Sun ada assignments yang nak disiapkan ke?" soalnya, ingin tahu.

"Nope... Sebenarnya, ni lah gadget yang kitorang guna untuk main game yang kitorang bagitahu kakak sebelum ni," ujar L.

"Oh... Apa nama game tu? Kakak lupalah..."

"Game ni namanya Versus, atau shortly called as VRS. Kakak nak tengok kitorang main tak?"

Bersama senyuman palsu pada wajahnya, Ellia mengangguk laju. Ternyata VRS merupakan game yang dimainkan oleh L dan Sun selama ini. Patutlah dia berasa tidak asing dengan nama 'VRS'. Siapa sangka? Pada akhirnya, dia kini turut sama bermain VRS walhal dia dahulunya seringkali menolak pelawaan adik-adiknya untuk bermain game tersebut.

Sepanjang L dan Sun bermain dalam Rank Mode, Ellia hanya mendiamkan diri sahaja selaku seorang pemerhati. Mereka berdua bertempur dalam Merciless stage, dan itu bukanlah sesuatu yang menghairankan bagi Ellia. Dia sememangnya tahu bahawa L dan Sun sebenarnya merupakan pro gamers yang sudah menyertai banyak kejuaraan esports baik di dalam mahupun luar negara. Special world tours? Pada hakikatnya, mereka tidak mengadakan world tours sebaliknya mengambil bahagian dalam kejuaraan esports. Mereka sengaja menyembunyikan kegiatan gaming mereka itu daripada pengetahuan orang ramai dek enggan menjadi bualan hangat di laman sosial seperti Airika.

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now