𝟬𝟭𝟵 ‣ 𝙈𝙖𝙩𝙩𝙚𝙧𝙨 𝙩𝙤 𝙃𝙚𝙧

9 1 0
                                    

AURA di dalam wad Ellia pada pagi ini agak menyeramkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AURA di dalam wad Ellia pada pagi ini agak menyeramkan. Kini, mama, papa dan adik-adiknya sedang berbincang dengan Vierra. Ellia pula hanya membatu di atas katil. Sesekali dia merenung pemandangan di luar tingkap, cuba menghadirkan sedikit rasa damai dalam hatinya.

Entah bagaimana beberapa orang paparazzi dapat menyerbu ke blok wadnya yang secara terang-terangan blok peribadi... Nasib baiklah ada jururawat yang sempat memanggil Vierra datang sebelum mereka berjaya menemukan wad Ellia. Kedatangan Vierra bersama para pengawal hospital berhasil menyelesaikan masalah paparazzi itu.

Disebabkan risau mengenai Ellia, Vierra menghubungi keluarga gadis itu. Dan sekarang, beginilah situasi di dalam wad Ellia. Tegang dan penuh dengan aura membunuh Blair. Ellia sendiri juga tidak senang duduk melihatkan reaksi papanya. Jujur dia katakan, amarah Blair merupakan salah satu daripada hal yang paling ditakutinya. Blair jarang dikuasai perasaan marah, tetapi apabila dia marah, aura yang menyelubunginya begitu menakutkan.

"Sweetie," panggil Blair dengan lembut.

"Yes, pa?" Ellia terus mengalihkan pandangan ke arah papanya.

"Doktor Vierra cakap, Ellia dah makin pulih. There wouldn't be any problem if you get discharged now. Ellia tak kesah kalau kena jalankan proses pemulihan dekat rumah, kan?"

"Ellia tak kesah. Lagipun, Ellia memang nak sangat pulang selama ni... Mama dengan papa yang nak simpan Ellia lama-lama dekat sini." Memuncung Ellia selepas membuat omelan itu.

Blair dan Sienna tertawa halus. Begitu juga dengan L, Sun serta Vierra.

"Homesick teruk ni! Kalau macam tu, biar saya ajelah yang uruskan hal discharge Ellia," ujar Vierra.

"Thank you, doc." Tersengih-sengih Ellia memandang wanita itu.

Blair, L, Sienna dan Sun menghampiri Ellia seusai Vierra meninggalkan wad tersebut. Riak wajah mereka mempamerkan rasa bimbang, menyebabkan Ellia mengeluh perlahan.

"Ma, pa, L, Sun... Paparazzi tu tak sempat nak serbu wad Ellia pun. Jadi, janganlah risau. Ellia okey, really okay."

"Kakak, patut ke Sun saman syarikat diaorang? Biar syarikat tu bankrap terus!" Sun mendengus kecil.

"Tak payahlah sampai macam tu... Kumpul berita sensasi memang dah jadi tugas paparazzi, they are just doing their job."

"Why are you so positive, sister? Diaorang patutnya dikenakan tindakan undang-undang sebab menceroboh blok peribadi dekat hospital ni. Diaorang mengganggu ketenteraman awam dan mencampuri urusan peribadi orang. That's a serious crime, you know? Cuba bayangkan kalau diaorang berjaya dapatkan maklumat pasal kakak. Entah apa jenis artikel yang diaorang akan tulis nanti... Your issue would be made the headline in no time. Susah untuk cover kenyataan yang kakak dianiayai sehingga terlibat dalam kemalangan kalau diaorang mula siasat pasal kakak..." L bersuara sedikit tegas, tidak puas hati dengan pandangan Ellia.

𝐕𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒 | 𝑹𝒆𝒗𝒂𝒎𝒑Where stories live. Discover now